assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, December 20, 2009

.:Semalam Yang Pergi (part 2):.


"Abang Syam..". Aku mendekatkan bibir ke telinga abang. Abang membuka mata. Dia tersenyum.

"Dah masuk waktu ye adik?"Perlahan suara abang. Aku mengerling jam tanganku. 5.45 pagi. Aku mengangguk. Aku memapah abang ke toilet. Seketika aku menunggu di luar. Angin pagi menusuk ke tulang. Sejuk.Aku dan ummi turun ke surau. Abah dan abang solat berjemaah disitu. Abah bentangkan tikar dan sejadah.

Sesekali aku sempat melihat abang dalam kepayahan melakukan pergerakan dalam solat. Abah pernah suarakan untuk abang solat dalam keadaan baring. Abang menolak, katanya, dia masih mampu berdiri. Kadangkala abang solat dalam keadaan duduk. Begitulah rutin harian abang. Bila masuk sahaja waktu solat, abang minta dipapah untuk mengambil wudhu'. Adakalanya bila abang hilang upaya, abang muntah-muntah, badan abang lemah, abang minta abah wudhu'kan. Abang jugak kerap meminta abah mengaji Al-Quran disisinya. Aku dan ummi tidak ketinggalan untuk setia disisi abang. Memandangkan rutin harianku di sekolah yang sibuk menghadkan masa bersama abang.Namun, bila hujung minggu, akulah insan yang setia menemaninya seharian. Aku tenang dapat bersama abang, walaupun kadangkala aku hanya mampu melihat abang dalam kesakitan. Kadangkala hatiku ralat, tapi kata-kata abang sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku,

'adik ada disisi abang, dah cukup buatkan abang rasa bahagia. bertuahnya abang miliki adik sebaik Asrar'.

Hari bertambah hari, aku lihat abang semakin kuat meneruskan kehidupan. Doa abang tak pernah putus-putus. Berikutan kemoterapi, berlaku beberapa perubahan pada abang. Pada peringkat permulaan, berat abang bertambah. Abang nampak makin bertenaga. Namun, keadaan itu tak lama. Abang mula kerap mengalami pendarahan gusi. Abang juga selalu mengadu sakit kepalanya. Pernah juga abang menarik-narik rambutnya kerana terlalu sakit. Kadangkala menghantuk-hantuk kepala ke dinding. Allah, deritanya abangku.

Sampailah satu hari.

"Abah..Syam tak nak teruskan kemoterapi ni..". Perlahan suara abang. Abah dan ummi kelihatan terkejut. segera ummi menghampiri abang. Ummi rangkul abang. Abang mula teresak-esak. Aku di situ kaku menanti perbualan seterusnya. Sungguh, aku sendiri merasa sakit melihat abang derita!

"Syam..Syam kena teruskan kemoterapi ni sampai habis.." suara abah mendatar. Abah tunduk.
"Tapi abah..Syam dah tak kuat hadapi semua ni..Syam tak rasa apa-apa perubahan..tolong syam abah,".Abang semakin teresak. aku tak dapat menahan sebak. Air mataku tak semena-mena jatuh. Segera ku kesat.
"Abang..abang janji nak kuat kan?" dalam suara yang terbatas aku mula bersuara.
"Abang sakit dik..sakit.."Suara abang agak tinggi.
'Allah~sakitnya perasaan ini..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..'

Abang tiba-tiba bingkas bangun meluru ke arah abah. Abang memegang kaki abah. Abah tersentak.Kaku.
"Tolonglah abah..Syam dah tak nak macam ni..izinkan syam berubat cara tradisional..tolong abah.,"Abang merayu sungguh-sungguh. Abah duduk. Abah lantas mengangguk. Abang tersenyum mengesat air matanya.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

"Leukemia adalah sejenis penyakit barah atau tulang sum sum yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan sel-sel darah putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Dalam kes ini, sel-sel darah putih anak encik dan puan sudah memakan sesama sendiri. Sel darah putih yang terlibat dalam melawan patogen dipendam dan tak dapat berfungsi sebaiknya. Dan kerana tu dia mengalami tahap kesihatan yang menurun secara mendadak.."

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Doktor Hafiz sebelum abang dibenarkan keluar daripada hospital. Pada mulanya, doktor tidak membenarkan abang keluar wad. Tapi, abah nekad menuruti permintaan abang. Gigihnya abah waktu itu mencari jalan untuk melihat anak abah kembali dapat meneruskan hidup sama seperti insan lain. Abang bakal mengambil peperiksaan besar SPM. Abang punyai cita-cita untuk menjadi karikatur. Abang nekad apa sekalipun terjadi, bagaimana sekalipun keadaannya, dia mesti menduduki peperiksaan.

Hari-hari yang aku lalui kian mendebarkan. Abang kini menjalani hemeopati, kaedah tradisional. Aku menjadi pemerhati, melihat setiap perubahan abang. Semakin hari, jiwa aku makin menderita melihat abang kian lemah. Sakit abang tak beransur pulih. Tiap-tiap malam abang hanya mampu terguling-guling menahan sakit. Aku sendiri tak dapat menggambarkan kesakitan itu. Allah~andai dan seandainya mampu aku ganti tempat abangku.

Aku, ummi dan abah korbankan malam kami menjaga abang. Kadangkala abang minta tidur bersama-samanya. Kadangkala abang seperti anak kecil yang sering meminta diri dipujuk dan dibelai. Abang juga agak sensitif, mudah benar air matanya mengalir.

"Adik..ummi dan abah dah tidur," Pertanyaan abang mengejutkan aku. Aku meletakkan buku nota 'sejarah'ku. Aku lantas mengangguk. Aku memandang wajah abang, aku tahu abang perlukan teman untuk berbual kala itu. Hari itu abang minta aku mengambil buku 'geografi'nya, katanya dia ingin membuat ulangkaji. Dia minta aku menemaninya. Aku sambut permintaannya dengan senyum. Malam itu kami menghabiskan masa bersama mengulangkaji pelajaran.

"Adik minggu depan ye mula exam?"
"Ha'ah abang..abang kena doakan adik ye..Adik nak hadiahkan kejayaan adik pada ummi, abah..dan abang," Senyumku meleret. Abang ikut tersenyum. Aku lihat abang tiba-tiba memegang kepalanya. Aku tahu saat itu, kesakitannya datang menyerang. Tanganku pantas mainkan peranan memicit-micit kepala abang. Tanganku ditepis perlahan.
"Adik..adik tidur ye..abang ok,"
"Tak abang..adik nak temankan abang..adik kan adik yang paling setia.." Aku cuba berjenaka. Aku lihat abang memejamkan matanya. Aku mengerti, abang perlukan rehat. Melihat abang mula terlena, aku mengangkat wudhu'. lama rasanya aku tidak meminta, sedang aku lemah dan serba kekurangan.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'."(Al-Baqarah:45)

"..dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"(Al-Baqarah:155)

"yaAllah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitandan kesedihan. aku berlindung kepada Engkau dari kelemahandan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain."(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"..dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.(Al-Ma'idah:23)

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

'Asrar..abang Syam..," ummi tersedu-sedu.

Aku meletakkan beg sekolah. Aku baru pulang dari sekolah. Jantungku berdetak kencang. Cemas.
bersambung..


4 comments:

Anonymous said...

krenye asrar ni pnulis la??sbb kat shout box pun pnulis guna nma yg sama..juz curios to knoe

Maziah Farihah said...

'asrar' tu 'kerahsiaan'..wallahua'lam

Anonymous said...

well done!! good2..Cume ingt pesan akak, jgn lalai..pesan akak ni untuk diri akak jge sebenarnye..sory kalau akak xbnyk comment..xsempat..bce tu insya Allah..all the best my dear..lagu ni best..lagu b4 ni pun best..moga terkesan di hati..

azira zahadi said...

akak comment kat atas ni..lupe nak sign in..