assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, August 27, 2011

.: Kembali Kepada Fitrah :.

Hakikat Kemenangan : Sudahkah kita kembali kepada fitrah kejadian ?

Assalamu'alaikum wrh. wbt..
~Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar~


Pejam celik, pejam celik.. 2 hari lagi ramadhan bakal meninggalkan kita.. terlintas di benak fikiran, adakah tarbiyyah disepanjang madrasah ramadhan telah menjadikan kita insan yang suci bersih ?? Lalu adakah kita sudah mampu dilabel sebagai 'kembali kepada fitrah, yakni asal kejadian kita' umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, suci daripada dosa dan noda ? Kita koreksi diri, sama2 muhasabah diri kembali..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama, kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua, kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah."

Ramadhan Al-Mubarak adalah madrasah ruhiyyah yang amat serasi untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Fokus tarbiyyah bukan sahaja tertumpu kepada aspek lahiriah (zahir) malahan kawalan ruh dan hati (batin). Kekuatan ruhiyyah inilah yang akan menghidupkan jasad lahiriyyah. Sekiranya kitalah antara golongan yang berjaya terdidik hati dan jiwanya, maka kitalah jua golongan yang berjaya kembali kepada asal fitrah kejadian.

Allahu Rabbi.. menyesali sesuatu yang lepas adalah sia-sia. Namun, mengambil iktibar daripada kesilapan lalu adalah lebih baik, seterusnya bersungguh-sungguh dalam usaha menyucikan diri. Sesungguhnya tangisan airmata taubat itu lebih berharga, yakini bahawa Allah Maha Pengampun~ 2 hari yang berbaki ini, ayuh.. sama2 terus berdoa memohon keampunan Allah Ta'ala dan memantapkan amalan-amalan ruhani.. moga-moga ada nilainya disisi Allah Ta'ala yang lebih mengetahui.. Allahuakbar~


Salam akhir Ramadhan.. saudara/i ku sekalian, perginya ramadhan kali ini, membawa kita merenung sejenak, adakah masih berpeluang untukku kita meraih ramadhan tahun hadapan. Tepuk dada, tanya iman ^_^ Wallahua'lam~

p/s : Selamat menyambut 'Eidul Fitri buat saudara/i semuslim, mohon maaf atas khilaf diri dalam sengaja mahu pun tidak. Sama2 mendoakan sesama muslim. 2 hari berturut-turut mendapat berita kemalangan saudara terdekat.. Allahu Akbar, bergetar rasa hati.. Allah jualah sebaik-baik pemelihara, moga2 semuanya dalam lindungan Allah.. hati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. sama2 perbetul niat, mohon pada Allah, moga2 perjalanan bertemu sanak-saudara menjadi satu ibadah di sisiNya.. insyaAllah.

Wassalam

.: Mak.. :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.

Alhamdulillah wa syukrulillah, kali ini nak berkongsi satu cerita, hasil pembacaan daripada post seorang sahabat di FB.. sama2 ambil iktibar..

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

...Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s : Tepuk dada, tanya iman ^_^ wallahua'lam~


Tuesday, August 23, 2011

.: Ramadhan :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~Assalamu'alaikum wrh. wbt~

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu dari kamu supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah :183)

Alhamdulillah wa syukrulillah.. masih diberi kesempatan untuk mengisi ruangan blog yang telah lama menyepi.. 'SALAM RAMADHAN AL-KAREEM' (lambatnye wish..huhu).. alhamdulillah, kita masih lagi berada dalam bulan ramadhan meskipun ramadhan telah menginjak ke fasa terakhir, sayu rasanya.. belum tentu kita dapat bertemu ramadhan mendatang.. sama2 memaksimakan baki ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.. mudah-mudahan, insyaAllah~

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Alhamdulillah, ramadhan kali ini bertambah meriah dengan kehadiran insan baru di sisi.. insan yang bergelar suami.. kehidupan terasa bertambah lengkap.. doa, bimbingan dan sokongan daripada keluarga, keluarga mertua.. menjadikan permulaan hidup berumahtangga menjadi satu medan penghijrahan diri.. insyaAllah ke arah kebaikan :)

Setiap kali ramadhan, teringat masa kecik2 dulu, waktu yang paling best masa pergi tarawih, hihi.. ada kisah disebalik itu, time nakal2 dulu.. biar jadi sejarah.. sesungguhnya itulah antara kenangan terindah.. namun, disitulah perlahan2 ana belajar erti ramadhan.. menginjak dewasa, ramadhan menjadi lebih bererti, moga2 kita sama2 dapat menghayati ramadhan, yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.. teringat kata2 seorang ustaz masa tazkirah di Masjid Kalumpang.. ramai di antara kita berjaya mencapai ramadhan 'tahap pertama', iaitu ramadhan sekadar menahan lapar dan dahaga.. 'tahap kedua', mampu makan (ketika berbuka dan bersahur) sekadar apa yang ada meskipun sebiji kurma da beberapa teguk air, golongan inilah golongan yang mampu mengawal hawa nafsunya (makan).. apabila seseorang itu mampu mengawal makannya, maka dia juga mampu mengawal syahwatnya.. maka golongan inilah golongan yang berjaya mendidik diri dengan rasa tawaddhuk dan bersyukur.. jadi, kita bagaimana ? Allahuakbar..

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Daripada Abdullah bin Abu Aufa, Sabda Nabi S.A.W : Diam orang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadah, doanya mustajab dan amalan digandakan. -Hadith Riwayat Ibnu Mandah-


Daripada Ibnu Umar, Sabda Nabi S.A.W : Sesungguhnya bagi orang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak. -Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim-

Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah s.a.w : Puasa sebagai perisai.-Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Nasa'ie-

Bila kita teliti , Allahuakbar , hebat aura ramadhan~ sehinggakan ibadah puasa itu sendiri mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. Moga2 kita tergolong dalam golongan yang terangkat doanya, dan terampun akan dosa-dosanya, insyaAllah.

Moga kita mencapai tahap ketaqwaan berkat tarbiyyah ramadhan ini. Moga2 ramadhan kali ini menjadi pemangkin pengislahan diri, insyaAllah :) selamat beramal.. wallahua'lam.