assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, November 30, 2009

::Sukarnya Untukku Lafazkan::

Alhamdulillah wa syukrulillah ku rafa'kan..kalam Ilahi membelai tenang hati ini..
subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha Illallah wallahuakbar wala haula wala quwwata Illa billah..

Sentuhan hari ini membuatkan air mata ini mengalir...
Sukarnya untukku lafazkan atas apa yang tersimpan jauh dilubuk hati..aku tak berniat mengimbau kembali kenangan lalu..aku rebah lantaran dosa..aku lemah tak berdaya melalui hari-hari yang mendatang..namun berbekal doa dari seorang ma..abah..abang2,kakak2,adik2..sahabat2...inilah aku seadanya..meneruskan perjalanan ini..saki-baki usia yang tinggal..mungkin sehari..mungkin seminggu..atau mungkin?wallahua'lam...

Sukarnya untukku lafazkan apa yang tersemat dibenak fikiran..benarkah pengalaman yang mendewasakan?benarkah jua pengalaman itu yang menjadikan aku kini dan selamanya..terkadang aku masih tertanya2 mengapa masa lalu seperti itu yang aku lalui..timbul penyesalan yang tak berkesudahan..

Sukarnya untuk ku lafazkan..jiwa yang kadangkala bergelora..meruntun iman..meruntun amal..
"Allahumma ya muqollibalquluub. thabbit quluubana 'ala dinik wa 'ala thoo'atik.."aku menangis untuk apa?aku ketawa untuk apa?sesak?kecewa?

Wahai diri..bukankah perjalanan hidup ini dalam aturan Allah..?
Hidup ini berdiri di atas ujian demi ujian yang tak pernah henti menduga..
bukankah kita hamba?
yang layak di uji..
Namun, percayalah..apa yang kita lalui,itulah yang mampu kita harungi..

"LA TAKHOF WALA TAHZAN..ALLAH MA'ANA"

.:Perkara Ghaib:.

Salam'alaik~sekadar perkongsian..

Allah s.w.t. berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

Maksudnya: (Orang-orang yang bertaqwa adalah) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib… (Surah Al-Baqarah: 3)

Imam As-Syirbini berkata dalam menjelaskan ayat tersebut dalam tafsir As-Siraj Al-Munir:

يصدّقون بما غاب عنهم من البعث والجزاء والجنة والنار والصراط والميزان

Maksudnya: (Orang yang beriman dengan yang ghaib) iaitu: mereka yang membenarkan apa yang ghaib (tidak kelihatan dengan pancaindera) daripada mereka daripada perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, syurga, neraka, as-sirath (jambatan) dan timbangan amal.

Yang dimaksudkan dengan الغيب adalah, apa yang tidak didapati daripada pancaindera. Imam Al-Khazin berkata:

الغائب غيب وهو ما كان مغيباً عن العيون

Maksudnya: Sesuatu yang ghaib adalah, apa yang ghaib daripada pandangan mata.

Saidina Ibn Abbas r.a. berkata:

الغيب هنا كل ما أمرت بالإيمان به مما غاب عن بصرك من الملائكة والبعث والجنة والنار والصراط والميزان

Al-Ghaib dalam ayat ini adalah: setiap yang diperintahkan ke atas kamu untuk beriman dengannya, tentang perkara-perkara yang ghaib daripada pandangan mata kamu, iaitu daripada malaikat, hari kebangkitan, syurga, neraka, as-shirat (jambatan) dan timbangan.

Sebahagian ulama' mentafsirkan Al-Ghaib dengan maksud Allah s.w.t..

Sebahagian ulama' mentafsirkan Al-Ghaib sebagai wahyu, sebahagian lain pula mentafsirkannya sebagai Al-Qur'an dan sebagainya.

Imam As-Syafi'e menjelaskan bahawasanya: "akal itu mempunyai batasannya sebagaimana penglihatan juga punya batasannya tersendiri".

Wallahu a'lam...

::Setulus Kalam::

Pertama-tama dan selama-lamanya, Alhamdulillah wa syukrulillah...atas kehidupan ini yang terisi dengan segala macam keni'matan..moga hati ini terus thabat dalam mencari redhaNya~ameen insyaAllah..

buat pertama kalinya ana menulis di sini...
ahlan wa sahlan..dalam dunia penulisan..
ana melakar tinta bukan semata meluah rasa hati..
ana menginginkan lebih daripada itu...
hati yang terus terbuai mencari cinta bersama ikhwah~

salam ukhuwah fillah~