assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, April 18, 2011

.:Mai Beli:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

~Assalamu'alaikum wrh. wbt~

Jom3 tengok koleksi tudung.. terhad~

Bidang 45' = RM 12




Bidang 60' (cotton) = RM15



Bidang 60' (licin) = RM12




Bidang 60' (x sure jenis ape, tp selesa dipakai) = RM18



p/s : Maaf, jualan ini saye tujukan untuk sahabat2 yang ada di sekitar upsi dan gombak sahaja.. sebabnya stok terhad dan saya cuma menjalankan amanah untuk menjualnya.. tiada lain2 perkhidmatan spt pengeposan ke atau ape2.. huhu.. buat shbt2 yang nak beli boleh la mai umah sy khar~(3.3.3 (4)) untuk tengok :).. atau ape2 cara sekalipun (fb, ym, tel etc).. syukran jazilan~ lg satu, tudung ni agak jarang, dan sy tahu shbt2 lebih arif untuk mengelakkan mslh 'kejarangan' tu.. insyaAllah skrg da byk dijual 'inner' tudung :)

~Jazakumullahu khairan kathira~


Saturday, April 16, 2011

.: Fatrah Imtihan :.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
Assalamu'alaikum wrh. wbt..



Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah hampir 14 minggu berkuliah di semester 4, insyaAllah, two years to go.. Alhamdulillah, semangat makin berkobar-kobar! Refleksi diri, semakin bertambah tahun pengajian, semakin banyak rupanya yang masih tak diketahui.. subhanallah, Maha Luas ilmuNya.. mudah-mudahan masih diberi peluang dan kesempatan untuk meneroka dan mencari ilmu..


Hari ini permulaan hari berganjak ke fatrah imtihan (mode : exam).. untuk menilai kembali apa yang telah dipelajari, mudah-mudahan yang baik menjadi bekalan masa depan dan wadah untuk bertemu denganNya kelak.. aminn, insyaAllah.. Buat sahabat-sahabat se-upsi, sahabat-sahabat di ukm yang dah pon bertempur, buat yang bakal bertempur : upm, usim, uitm, umt, usm, ums, unimas.. dan lain2.. moga2 kita sama-sama berjaya menggapai redha Allah dalam menuntut ilmu.. 'berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat'.. insyaAllah :) BittaufiQ wannajah~


"Rabbana Yassir Wala Tu'assir"


p/s : Doakan saye juge ye :)

16/4 : General English
18/4 : Perakaunan Awalan
21/4 : Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu
22/4 : Bimbingan Tingkah Laku Kanak-Kanak
29/4 : Kemahiran Pengurusan Sumber Manusia
30/4 : Pengurusan Pembelajaran

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

~wallahua'lam~

selamat beramal :)

Wednesday, April 06, 2011

.:Muhasabah:.


Assalamu'alaikum.. buat segenap hamba-hamba Allah..

Jam waktu ini dah menunjukkan 2.58 pagi.. tapi ana masih di hadapan laptop, menghayati sisa-sisa akhir assignmen yang masih berbaki.. ilham untuk meneruskan assignment terbantut seketika.. Allah~ erm, tiba-tiba teringatkan blog di sini... lama berhabuk dek tiada pengisian.. huhu..

Saat ini, yuk, same-same panjangkan takbir, tahmid, tasbih pada~Nya.. mudah-mudahan hingga saat ini matlamat kita masih utuh berpaksikan DIA yang SATU =) aminn insyaAllah.. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w~ haiya sollu 'alannabiy..

Beberapa minggu ini, terasa diri terhimpit.. dan kadangkala terasa tak mampu menanggungnya.. ujian demi ujian.. membuatkan ana terduduk.. buntu seketika.. terasa berat.. Lantas, ana mengambil keputusan pulang ke rumah.. entah kenapa rindu membuak-buak saat-saat begini.. At last, alhamdulillah, 3 hari dapat menghabiskan masa berkumpul dengan family.. semua ada.. complete !.. Allah, besar ni'mat Allah, kurniakan diri ini insan-insan yang ana sayangi dan menyayangi ana . Allah, kasihku pada mereka melebihi kasihku pada diriku sendiri.. Satu pagi, kira-kira jam 7.30 pagi, abah minta semua berkumpul.. pagi yang syahdu, dengar tazkirah daripada abah.. lebih mengharukan, mendengar suara abah bergetar, abah menangis pagi itu ! Allah, sukar digambarkan perasaan kala itu.. Terasa beruntung diri masih ada yang mengingatkan dan menegur di saat diri sering terkapai-kapai, lemas, terlalai dalam lautan dunia.. nafsu.. namun, masih ada kesempatan dan peluang untuk menghadirkan 'rase' yang membuatkan ana mula bermuhasabah... Allah.. Allah.. Allah...


"Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, karena kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang." (Al-Mukminun:111)

Mohon maaf, tidak berniat menceritakan diari hidup diri.. namun, rentetan beberapa hari yang ana lalui membuka mata untuk sama-sama mengajak antara kita semua.. bermuhasabah... ada sesuatu yang kadangkala sebagai manusia, kita sering terlupa.. Dan itulah... ni'mat hidup, kesenangan mahupun kesusahan itu adalah ni'mat.. tidak ramai antara kita semua yang tegar menghadapi tiap ni'mat itu dengan penuh syukur dan redha... kita sering terlepas pandang.. kita sering terlalai, dikaburi keseronokan dan kesedihan yang melampau.. sekaligus hilang pertimbangan, lupa pada siapa harus berharap, lupa pada siapa perlu berterima kasih... kadangkala Allah jadikan seseorang itu hidupnya nampak sukar, payah.. namun disebaliknya, penuh warna-warni... berlainan pula insan yang nampak tenang luarannya, namun disebaliknya... Allah sedang mengujinya! Dua situasi yang berbeza... namun hakikat kemenangan mengharungi ni'mat kehidupan cuma berlandaskan SATU jalan... jalan SABAR.. jalan kembali kepadaNYA.. disitu ada jalan penyelesaiannya... =) wallahua'lam..


"Ya, (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda. Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana (Ali Imran: 125-126).

~Wallahu Ta'ala A'lam~