assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, December 20, 2009

.:Semalam Yang Pergi (part 1):.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~Selembut Bayu Hembusan Kasturi..Seindah Seceria Pagi..Sedamai Hati Memuji Ilahi..Bagaikan Haruman Firdausi~

PROLOG
Alhamdulillah~kerana Allah jua aku bertahan, kerana Allah jualah diri masih tersenyum tabah. Ingatanku berlegar saat-saat menerima perkhabaran semalam. Aku bagai dirasuk. Aku bagai bermimpi. Segalanya berlaku dalam ruang dan keterbatasan diriku. Aku yang jahil dalam mengenal makna kehidupan. Aku yang lemas dalam dunia kesedihanku. Aku yang lesu tak berdaya. Belum sempat aku mengungkap 'sayang', dia pergi meninggalkanku. Pedih.

"Asrar redha memulangkan semula sesuatu yang dah lama Asrar miliki kepada pemilik sebenarnya?"
Ummi mematikan hayalanku. Aku menoleh. Wajah ummi masih tenang seperti semalam. Aku tersenyum lantas mengangguk perlahan. Sukar rasanya untukku menahan sebak waktu itu. Ummi membelai rambutku. Terasa hangat dalam pelukan ummi.

"Ummi, Asrar bangga miliki ummi. Insan setabah ummi..insan setabah abah.."
Bahuku tiba-tiba disentuh. Aku mendongak. Abah tersenyum. Abah tak lagi menangis sepeti semalam. Masih jelas dimataku wajah sugul abah. Tapi, hari ini seolah-olah telah tertutup pintu kesedihan itu.

"Anak abah ni harus kuat..tabah.."
Abah menggenggam erat tanganku.Terasa kekuatan abah mengalir dalam diriku.

"InsyaAllah, Asrar terima segalanya abah..ummi.."

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
BAHAGIAN 1-Taqdir yang tertulis

Keheningan subuh itu ditemani kokokan ayam yang silih berganti. Kala itu, aku sedang berteleku di tikar sejadahku. Aku teliti tiap patah perkataan dalam mushaf 'hijau' kepunyaanku.

"Katakanlah: Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu 'disisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar. "(Al-Baqarah:94)

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? "(An-Nisa’:78)

Sedang khusyuk aku mentadabbur, tiba-tiba bunyi deringan kedengaran jelas dari luar bilik. Belum sempat pun aku keluar, bunyi telefon berhenti. Pasti ummi yang menyambut panggilan itu. Seketika, terdengar esakan kecil. Aku bingkas membuka telekungku dan menyimpan 'mushaf'ku. Aku keluar.

"Ummi..kenapa ummi menangis?".Suaraku sedikit bergetar. Aku lihat air mata ummi laju. Aku sedikit cemas.

"Asrar..abang.."kata-kata ummi terhenti di situ. Aku raih ummi dalam pelukan.

"Abang Syam sakit..Abang Syam sakit..,".Walaupun dalam nada yang tersekat-sekat, aku masih dapat menangkap perkataan yang keluar dari bibir ummi. Aku terkesima.

"Tapi ummi..bukan doktor kata..,"Aku hilang kata-kata. Terduduk seketika.

"Asrar, janji dengan ummi..biar apa sekalipun yang terjadi dan bakal terjadi, kita semua harus kuat. Hari ini ummi menangis depan Asrar, tapi ummi tak akan menangis depan Abang Syam..". Air mataku tak semena-mena mengalir deras. Aku perlu kuat berhadapan dengan abang kesayanganku. Aku perlu tersenyum disisnya. Aku adiknya! Tempatku disisinya.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Aku merenung dari jauh wajah lesu abang. Dari jauh, abang kelihatan termenung. Suasana di wad ketika itu lengang. Kedengaran jelas di pendengaranku, suara beberapa pesakit yang sedang berperang dalam kesakitan. Ah, hatiku tersentuh. Aku bakal berkampung disini memandangkan abang terpaksa ditahan di wad. Berapa lama, aku sendiri tak pasti. Namun, apa yang pasti aku akan menjadi teman yang paling setia disisi abang.

"Abang Syam, kenapa ni?"Aku merapati abang. Keadaannya agak lemah.Abang baru keluar dari wad setelah hampir sebulan ditahan kerana menghidap denggi. Disepanjang tempoh itu, aku setia disisinya.

"Abang rasa lenguh satu badan". Abang memicit kakinya. Kemudian tangannya beralih ke pergelangan tangan. seketika dia memicit-micit kepalanya.

"Asrar, tolong abang ye.."Tanganku mula memicit kepala abang. Kelihatan dia memejamkan matanya. Sesekali, abang kelihatan mengerutkan dahinya.

"Mungkin ni kesan ubat hari tu, kan abang"

Abang sekadar mengangguk. Tanganku mula merayap ke sekitar kepala abang. Dari belakang ke ubun-ubun. Hampir sejam, abang baru terlena. Aku selimutkan abang.

Lamunanku terhenti. Bahuku disentuh.Ummi sudahpun berada disebelahku.

"Asrar..Asrar temankan Abang Syam ye. Ummi dan abah nak solat dulu," Aku mengangguk. Ku ayun langkah le katil abang. Wajah abang sugul. Namun, sebaik sahaja melihat wajahku abang cuba tersenyum dalam kepayahan.

"Abang macam mana hari ini," Aku memulakan bicaraku. Aku mempamerkan wajah seceria mungkin. Aku harus kuat.

"Adik.."Abang memegang tanganku. Hatiku tiba-tiba bergetar hebat.

"Adik sayang abang?" Abang mula sendu.

"Mestilah, adik sayang sangat kat abang!" Aku tersenyum berlagak tenang. Sebelum abang meneruskan kata-katanya.

"Adik yakin, abang mesti sembuh.." Suaraku makin tegar. Aku perlu kuat!

"Abang kena kuat tau. Adik bertahan selama ni kerana abang. Abang penting dalam hidup adik. Lepas jalani kimoterapi ni, adik yakin semuanya akan balik seperti sedia kala. Nanti, abang boleh temankan adik belajar. PMR adik pun dah nak dekat ni. Rindu nak kena piat telinga dengan abang. Abang ingat tak, abang cabar adik dapat 9A, kalahkan abang. Abang 8A je. Tapi adik ni malas..abang ingat tak, abang mogok tak nak cakap dengan adik sebab adik dapat keputusan teruk. Tapi, tak sampai sehari pun, sebab adik rindu abang. Abang pun kan..hari-hari kalau tak dapat usik abang rasa tak seronok..lagi-lagi bila abang marah, adik makin kuat mengusik. Nakal betul adik ni. Tapi, abanglah abang yang paling sabar dengan karenah adik..adik sayang abang tau.." Akhir kalam itu, aku jadi sebak. Namun, segera ku tepis. Aku lihat wajah abang. Dia mula tersenyum.

"Adik abang seorang ni je..yang nakal pun yang ini..tapi yang baik pun yang ini.."Abang tertawa. Allah, alangkah bahagianya mendengar tawa abang. Dah lama abang tak ketawa seperti ini. Aku mencubit manja pipinya.

"Allah..! Adik, kepala abang..sakit dik...". Senyumku serta merta hilang. Aku panik.

Bersambung...


7 comments:

Menapak kubur said...

orait..da boleh comment..haha..crite ni ade brp part?? xsabar nak bce lg nih..hehe..pa pe pun, jgn lalai dgn dunia maya ye.. :)

Maziah Farihah said...

xtau la kak brape byk..hehe...
insyaAllah kak..kebetulan cuti2 nie kak..mudah2n melalui penulisan diri ditarbiyah..syukran ats peringatan..

Anonymous said...

(TT)sprtinya klihatan pglaman pnulis yg sbnr...

amirulmukminin said...

tq 4 ur story.i can't wait 4 next part..la tahzan,inna Allaha maana..

Maziah Farihah said...

Anonymous Anonymous said...

(TT)sprtinya klihatan pglaman pnulis yg sbnr...

>Wallahua'lam(^__^).maaf sape ni ye?

Anonymous said...

xperlu tau pun, tgk gaya pnlisan pun da boleh agak...moga terus tabah, masih jauh perjalann ini

Maziah Farihah said...

>Buat Anonymous..

Syukran..
tapi rasanya, lebih selesa kalau tahu tuan empunya yg komen..
jazakallah
" I'm curious "