assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, December 21, 2009

.:Ukhuwah fillah:.

Allahu Rahman~Allahu Rahim~

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: salah satu di antara kalian tidak dikatakan beriman sebelum dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.

Persahabatan ibarat tangan dan mata. Bila tangan merasa sakit, air di mata pasti mengalir, turut merasai kesakitan itu. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata makna persahabatan. Sahabat yang sejati 'satu' dalam seribu.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu,"(Imam Nawawi)

Menyingkap kembali disebalik mana 'ukhuwah fillah', sejauh mana kita cuba merealisasikannya. Adakah hanya 'ukhuwah dibibir, bukan di hati'?
Sesiapa pun tidak terkecuali mendambakan sebuah 'ukhuwah' yang terjalin kerana Allah. Tidak semata-mata kerana kelebihan dan keistimewaan yang ada pada seorang sahabat, sehingga sahabat itu diiktiraf begitu istimewa di hati. Namun, tak semua dilahirkan sempurna untuk menjadi sahabat yang terbaik. Sebaiknya, terimalah seadanya, kelebihan mahupun kelemahan sahabat. Terimalah dia seadanya, meskipun tidak diungkap dengan kata-kata tapi 'doa' menjadi wasilah betapa akrabnya 'dia' di hati.

Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu Aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukuwah fillah tidak kan musnah
Walaupun ombak, walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan Ismullah kita berbai'ah

Bertemu berpisah
Hanya kerana~Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan nat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari~Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan haqiqi
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni
ukhuwah fillah..

Wallahua'lam~

Sunday, December 20, 2009

.:Semalam Yang Pergi (part 2):.


"Abang Syam..". Aku mendekatkan bibir ke telinga abang. Abang membuka mata. Dia tersenyum.

"Dah masuk waktu ye adik?"Perlahan suara abang. Aku mengerling jam tanganku. 5.45 pagi. Aku mengangguk. Aku memapah abang ke toilet. Seketika aku menunggu di luar. Angin pagi menusuk ke tulang. Sejuk.Aku dan ummi turun ke surau. Abah dan abang solat berjemaah disitu. Abah bentangkan tikar dan sejadah.

Sesekali aku sempat melihat abang dalam kepayahan melakukan pergerakan dalam solat. Abah pernah suarakan untuk abang solat dalam keadaan baring. Abang menolak, katanya, dia masih mampu berdiri. Kadangkala abang solat dalam keadaan duduk. Begitulah rutin harian abang. Bila masuk sahaja waktu solat, abang minta dipapah untuk mengambil wudhu'. Adakalanya bila abang hilang upaya, abang muntah-muntah, badan abang lemah, abang minta abah wudhu'kan. Abang jugak kerap meminta abah mengaji Al-Quran disisinya. Aku dan ummi tidak ketinggalan untuk setia disisi abang. Memandangkan rutin harianku di sekolah yang sibuk menghadkan masa bersama abang.Namun, bila hujung minggu, akulah insan yang setia menemaninya seharian. Aku tenang dapat bersama abang, walaupun kadangkala aku hanya mampu melihat abang dalam kesakitan. Kadangkala hatiku ralat, tapi kata-kata abang sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku,

'adik ada disisi abang, dah cukup buatkan abang rasa bahagia. bertuahnya abang miliki adik sebaik Asrar'.

Hari bertambah hari, aku lihat abang semakin kuat meneruskan kehidupan. Doa abang tak pernah putus-putus. Berikutan kemoterapi, berlaku beberapa perubahan pada abang. Pada peringkat permulaan, berat abang bertambah. Abang nampak makin bertenaga. Namun, keadaan itu tak lama. Abang mula kerap mengalami pendarahan gusi. Abang juga selalu mengadu sakit kepalanya. Pernah juga abang menarik-narik rambutnya kerana terlalu sakit. Kadangkala menghantuk-hantuk kepala ke dinding. Allah, deritanya abangku.

Sampailah satu hari.

"Abah..Syam tak nak teruskan kemoterapi ni..". Perlahan suara abang. Abah dan ummi kelihatan terkejut. segera ummi menghampiri abang. Ummi rangkul abang. Abang mula teresak-esak. Aku di situ kaku menanti perbualan seterusnya. Sungguh, aku sendiri merasa sakit melihat abang derita!

"Syam..Syam kena teruskan kemoterapi ni sampai habis.." suara abah mendatar. Abah tunduk.
"Tapi abah..Syam dah tak kuat hadapi semua ni..Syam tak rasa apa-apa perubahan..tolong syam abah,".Abang semakin teresak. aku tak dapat menahan sebak. Air mataku tak semena-mena jatuh. Segera ku kesat.
"Abang..abang janji nak kuat kan?" dalam suara yang terbatas aku mula bersuara.
"Abang sakit dik..sakit.."Suara abang agak tinggi.
'Allah~sakitnya perasaan ini..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..'

Abang tiba-tiba bingkas bangun meluru ke arah abah. Abang memegang kaki abah. Abah tersentak.Kaku.
"Tolonglah abah..Syam dah tak nak macam ni..izinkan syam berubat cara tradisional..tolong abah.,"Abang merayu sungguh-sungguh. Abah duduk. Abah lantas mengangguk. Abang tersenyum mengesat air matanya.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

"Leukemia adalah sejenis penyakit barah atau tulang sum sum yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan sel-sel darah putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Dalam kes ini, sel-sel darah putih anak encik dan puan sudah memakan sesama sendiri. Sel darah putih yang terlibat dalam melawan patogen dipendam dan tak dapat berfungsi sebaiknya. Dan kerana tu dia mengalami tahap kesihatan yang menurun secara mendadak.."

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Doktor Hafiz sebelum abang dibenarkan keluar daripada hospital. Pada mulanya, doktor tidak membenarkan abang keluar wad. Tapi, abah nekad menuruti permintaan abang. Gigihnya abah waktu itu mencari jalan untuk melihat anak abah kembali dapat meneruskan hidup sama seperti insan lain. Abang bakal mengambil peperiksaan besar SPM. Abang punyai cita-cita untuk menjadi karikatur. Abang nekad apa sekalipun terjadi, bagaimana sekalipun keadaannya, dia mesti menduduki peperiksaan.

Hari-hari yang aku lalui kian mendebarkan. Abang kini menjalani hemeopati, kaedah tradisional. Aku menjadi pemerhati, melihat setiap perubahan abang. Semakin hari, jiwa aku makin menderita melihat abang kian lemah. Sakit abang tak beransur pulih. Tiap-tiap malam abang hanya mampu terguling-guling menahan sakit. Aku sendiri tak dapat menggambarkan kesakitan itu. Allah~andai dan seandainya mampu aku ganti tempat abangku.

Aku, ummi dan abah korbankan malam kami menjaga abang. Kadangkala abang minta tidur bersama-samanya. Kadangkala abang seperti anak kecil yang sering meminta diri dipujuk dan dibelai. Abang juga agak sensitif, mudah benar air matanya mengalir.

"Adik..ummi dan abah dah tidur," Pertanyaan abang mengejutkan aku. Aku meletakkan buku nota 'sejarah'ku. Aku lantas mengangguk. Aku memandang wajah abang, aku tahu abang perlukan teman untuk berbual kala itu. Hari itu abang minta aku mengambil buku 'geografi'nya, katanya dia ingin membuat ulangkaji. Dia minta aku menemaninya. Aku sambut permintaannya dengan senyum. Malam itu kami menghabiskan masa bersama mengulangkaji pelajaran.

"Adik minggu depan ye mula exam?"
"Ha'ah abang..abang kena doakan adik ye..Adik nak hadiahkan kejayaan adik pada ummi, abah..dan abang," Senyumku meleret. Abang ikut tersenyum. Aku lihat abang tiba-tiba memegang kepalanya. Aku tahu saat itu, kesakitannya datang menyerang. Tanganku pantas mainkan peranan memicit-micit kepala abang. Tanganku ditepis perlahan.
"Adik..adik tidur ye..abang ok,"
"Tak abang..adik nak temankan abang..adik kan adik yang paling setia.." Aku cuba berjenaka. Aku lihat abang memejamkan matanya. Aku mengerti, abang perlukan rehat. Melihat abang mula terlena, aku mengangkat wudhu'. lama rasanya aku tidak meminta, sedang aku lemah dan serba kekurangan.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'."(Al-Baqarah:45)

"..dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"(Al-Baqarah:155)

"yaAllah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitandan kesedihan. aku berlindung kepada Engkau dari kelemahandan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain."(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"..dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.(Al-Ma'idah:23)

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

'Asrar..abang Syam..," ummi tersedu-sedu.

Aku meletakkan beg sekolah. Aku baru pulang dari sekolah. Jantungku berdetak kencang. Cemas.
bersambung..


.:Semalam Yang Pergi (part 1):.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~Selembut Bayu Hembusan Kasturi..Seindah Seceria Pagi..Sedamai Hati Memuji Ilahi..Bagaikan Haruman Firdausi~

PROLOG
Alhamdulillah~kerana Allah jua aku bertahan, kerana Allah jualah diri masih tersenyum tabah. Ingatanku berlegar saat-saat menerima perkhabaran semalam. Aku bagai dirasuk. Aku bagai bermimpi. Segalanya berlaku dalam ruang dan keterbatasan diriku. Aku yang jahil dalam mengenal makna kehidupan. Aku yang lemas dalam dunia kesedihanku. Aku yang lesu tak berdaya. Belum sempat aku mengungkap 'sayang', dia pergi meninggalkanku. Pedih.

"Asrar redha memulangkan semula sesuatu yang dah lama Asrar miliki kepada pemilik sebenarnya?"
Ummi mematikan hayalanku. Aku menoleh. Wajah ummi masih tenang seperti semalam. Aku tersenyum lantas mengangguk perlahan. Sukar rasanya untukku menahan sebak waktu itu. Ummi membelai rambutku. Terasa hangat dalam pelukan ummi.

"Ummi, Asrar bangga miliki ummi. Insan setabah ummi..insan setabah abah.."
Bahuku tiba-tiba disentuh. Aku mendongak. Abah tersenyum. Abah tak lagi menangis sepeti semalam. Masih jelas dimataku wajah sugul abah. Tapi, hari ini seolah-olah telah tertutup pintu kesedihan itu.

"Anak abah ni harus kuat..tabah.."
Abah menggenggam erat tanganku.Terasa kekuatan abah mengalir dalam diriku.

"InsyaAllah, Asrar terima segalanya abah..ummi.."

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
BAHAGIAN 1-Taqdir yang tertulis

Keheningan subuh itu ditemani kokokan ayam yang silih berganti. Kala itu, aku sedang berteleku di tikar sejadahku. Aku teliti tiap patah perkataan dalam mushaf 'hijau' kepunyaanku.

"Katakanlah: Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu 'disisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar. "(Al-Baqarah:94)

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? "(An-Nisa’:78)

Sedang khusyuk aku mentadabbur, tiba-tiba bunyi deringan kedengaran jelas dari luar bilik. Belum sempat pun aku keluar, bunyi telefon berhenti. Pasti ummi yang menyambut panggilan itu. Seketika, terdengar esakan kecil. Aku bingkas membuka telekungku dan menyimpan 'mushaf'ku. Aku keluar.

"Ummi..kenapa ummi menangis?".Suaraku sedikit bergetar. Aku lihat air mata ummi laju. Aku sedikit cemas.

"Asrar..abang.."kata-kata ummi terhenti di situ. Aku raih ummi dalam pelukan.

"Abang Syam sakit..Abang Syam sakit..,".Walaupun dalam nada yang tersekat-sekat, aku masih dapat menangkap perkataan yang keluar dari bibir ummi. Aku terkesima.

"Tapi ummi..bukan doktor kata..,"Aku hilang kata-kata. Terduduk seketika.

"Asrar, janji dengan ummi..biar apa sekalipun yang terjadi dan bakal terjadi, kita semua harus kuat. Hari ini ummi menangis depan Asrar, tapi ummi tak akan menangis depan Abang Syam..". Air mataku tak semena-mena mengalir deras. Aku perlu kuat berhadapan dengan abang kesayanganku. Aku perlu tersenyum disisnya. Aku adiknya! Tempatku disisinya.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Aku merenung dari jauh wajah lesu abang. Dari jauh, abang kelihatan termenung. Suasana di wad ketika itu lengang. Kedengaran jelas di pendengaranku, suara beberapa pesakit yang sedang berperang dalam kesakitan. Ah, hatiku tersentuh. Aku bakal berkampung disini memandangkan abang terpaksa ditahan di wad. Berapa lama, aku sendiri tak pasti. Namun, apa yang pasti aku akan menjadi teman yang paling setia disisi abang.

"Abang Syam, kenapa ni?"Aku merapati abang. Keadaannya agak lemah.Abang baru keluar dari wad setelah hampir sebulan ditahan kerana menghidap denggi. Disepanjang tempoh itu, aku setia disisinya.

"Abang rasa lenguh satu badan". Abang memicit kakinya. Kemudian tangannya beralih ke pergelangan tangan. seketika dia memicit-micit kepalanya.

"Asrar, tolong abang ye.."Tanganku mula memicit kepala abang. Kelihatan dia memejamkan matanya. Sesekali, abang kelihatan mengerutkan dahinya.

"Mungkin ni kesan ubat hari tu, kan abang"

Abang sekadar mengangguk. Tanganku mula merayap ke sekitar kepala abang. Dari belakang ke ubun-ubun. Hampir sejam, abang baru terlena. Aku selimutkan abang.

Lamunanku terhenti. Bahuku disentuh.Ummi sudahpun berada disebelahku.

"Asrar..Asrar temankan Abang Syam ye. Ummi dan abah nak solat dulu," Aku mengangguk. Ku ayun langkah le katil abang. Wajah abang sugul. Namun, sebaik sahaja melihat wajahku abang cuba tersenyum dalam kepayahan.

"Abang macam mana hari ini," Aku memulakan bicaraku. Aku mempamerkan wajah seceria mungkin. Aku harus kuat.

"Adik.."Abang memegang tanganku. Hatiku tiba-tiba bergetar hebat.

"Adik sayang abang?" Abang mula sendu.

"Mestilah, adik sayang sangat kat abang!" Aku tersenyum berlagak tenang. Sebelum abang meneruskan kata-katanya.

"Adik yakin, abang mesti sembuh.." Suaraku makin tegar. Aku perlu kuat!

"Abang kena kuat tau. Adik bertahan selama ni kerana abang. Abang penting dalam hidup adik. Lepas jalani kimoterapi ni, adik yakin semuanya akan balik seperti sedia kala. Nanti, abang boleh temankan adik belajar. PMR adik pun dah nak dekat ni. Rindu nak kena piat telinga dengan abang. Abang ingat tak, abang cabar adik dapat 9A, kalahkan abang. Abang 8A je. Tapi adik ni malas..abang ingat tak, abang mogok tak nak cakap dengan adik sebab adik dapat keputusan teruk. Tapi, tak sampai sehari pun, sebab adik rindu abang. Abang pun kan..hari-hari kalau tak dapat usik abang rasa tak seronok..lagi-lagi bila abang marah, adik makin kuat mengusik. Nakal betul adik ni. Tapi, abanglah abang yang paling sabar dengan karenah adik..adik sayang abang tau.." Akhir kalam itu, aku jadi sebak. Namun, segera ku tepis. Aku lihat wajah abang. Dia mula tersenyum.

"Adik abang seorang ni je..yang nakal pun yang ini..tapi yang baik pun yang ini.."Abang tertawa. Allah, alangkah bahagianya mendengar tawa abang. Dah lama abang tak ketawa seperti ini. Aku mencubit manja pipinya.

"Allah..! Adik, kepala abang..sakit dik...". Senyumku serta merta hilang. Aku panik.

Bersambung...


.:Kempen Membaca:.











Saturday, December 19, 2009

.:Malam Pertama:.

Selautan syukur ku rafa'kan buat pemilik hati ini..Alhamdulillah~
mudah2an hati ini akan terus thabat mencari mardhotillah, insyaAllah~
Post kali ana agak kontroversi tajuknya..Alkisah~


Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar~
"Hari itu ku berganjak dari tempat tidurku kerana ketenangan pergi meninggalkanku Wahai malam pertama di kubur Katakanlah padaku apa yang akan terjadi?"
Hakikat kematian suatu kepastian. Malam pertama bertemu pencipta~sukar rasanya untuk membayangkan setelah jasad di masukkan ke dalam liang lahad..sendirian tanpa teman..

"Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum kepunyaan~Nya. Dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat."(Al-An'am:62)

Malam pertama di alam qubur adalah malam di mana para ulama' menangis, para pemimpin mengadu, para penyair meratap..semuanya berkeluk kesah..



"Alangkah sedihnya saat aku ditinggalkan sendirian Tidur di dalam lubang setinggi dua batu nisan Oh..tempat ini terlalu asing bagiku"
"Beginikah akhir hidupku..beginikah aku setelah segalanya aku tinggalkan.."
Sungguh kesudahan yang pasti. Bila kematian itu datang, maka tidak sekali-kali kita akan kembali ke dunia. Pada hari itu, akan terlihatlah segala amal perbuatan. Hari itu juga terbit penyesalan yang tak berkesudahan. Bergetar seluruh jasad menantikan perhitungan~Allahuakbar!


"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, ia berkata. 'Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat pada urusan-urusan yang telah aku tinggalkan!'. Sesekali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan dihadapan mereka ada tembok tinggi hingga hari mereka dibangkitkan."(Al-Mu'minuun: 99-100)

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Nikmat 'kehidupan' yang masih tertulis untuk kita mungkin tinggal saki baki yang kita sendiri tak tahu sampai bila. Mungkin esok..andai dan seandainya..apa yang telah kita persiapkan untuk pertemuan ini?

"Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disiapkan bagi orang-orang bertakwa."(Ali-Imran:133)


Taubat membawa pengertian mendalam dalam jiwa hamba yang mendambakannya. Taubat bererti menyesali akan dosa2 lalu dan meninggalkannya. Kemudian disertakan dengan azam untuk tidak mengulanginya serta menggantikan amal jahat dengan amal yang baik.
Sabda Rasulullah s.a.w:"Tugas hijrah tidak terputus selama taubat masih diterima. taubat pula masih diterima sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari terbit di barat, maka akan dikunci setiap hati dengan apa yang ada di dalamnya dan cukuplah bagi manusia apa yang telah diamalkannya."(HR. Ahmad, Musnad Imam Ahmad)


Sma2lah kita sentiasa mempersiapkan diri sebelum 'rumah kata pergi kubur kata mari'.. wahai saudaraku..singkaplah kembali disebalik makna 'malam pertama'.. Siapkanlah cahaya untuk malam pertamamu..Demi Allah tiada sesuatu pun yang akan menerangi gelapnya qubur melainkan keimanan dan amal kebaikan..yang sesungguhnya akan menjadi teman yang paling setia disisi kita kelak. Subhanallah~Jika Allah meredhai hambaNya, maka Dia akan membahagiakannya..

Allahu A'lam

Friday, December 18, 2009

.:Seindah Tulisan Taqdir:,

Assalamu'alaikum wrh. wbt~Alhamdulillah atas pertemuan kali ini..moga2 tinta yang bakal terukir jauh daripada murka Allah Ta'ala apatah lagi fitnah syaitan laknatullah..na'uzubillahiminzalik~

Hari ini melangkah ke tahun baru hijrah 1431..ingatan ana melewati tahun 1430..sejauh mana diri ini telah merealisasikan azam..impian..cita2..amanah...atau adakah perjalanan lepas masih tertunda..terdetik di hati menilai kembali tahun lalu, muhasabah diri atas khilaf..terlalu banyak cacat dan celanya.
Astaghfirullahal'azim~

"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nisa’:100)


Hari ini, meninggalkan kesan di hati..Allahuakbar~betapa perjalanan hidup ini menjanjikan ujian demi ujian untuk ditempuhi, terkadang terasa lelah, terkadang terduduk lesu..lemahnya diri tanpa belaian kasih Allah..
'ampuni aku yaAllah disebalik keluh kesah ini'..

"(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati".(Al-Baqarah:112)


"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah:216)

Sama2lah kita menyemak kembali diari lepas untuk sama2 kita menampung kekurangan yang ada, memperbaiki kesilapan lepas..seterusnya menjadikan masa depan yang bakal kita lalui..seindah tulisan takdir..
Permulaan yang baik membawa kepada pengakhiran yang baik..
'Inna A'malu Binniat'
Niat yang baik membawa natijah yang mumtaz~Bittaufiq wannajah..


Wednesday, December 16, 2009

.:Reminder: 1 Muharram 1431:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

~Setulus cinta kasih-Mu dambaan hatiku kini~

Assalamu’alaikum wrh.wbt…salam juang buat sahabat2 seperjuangan. Awwalul kalam, syukur ke hadrat Ilahi lantaran masih diberi kesempatan untuk terus merasai nikmat hidup dalam keimanan meskipun kadangkala ada turun naiknya lantaran jiwa yang rapuh mengaburi sebuah perjuangan hidup, namun kasih Allah tiada bertepi menghujani kita dengan peringatan demi peringatan. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, tidak pernah sesekali ia sia2 untuk kita.Wallahua’lam.

Alhamdulillah wa syukrulillah atas kesempatan melewati hari-hari terakhir 1430H~disepanjang perjalanan ini juga, tiada henti2 dan putus2 nikmat dan rahmat Allah buat kita. Kerdilnya diri ini, dalam keterbatasan diri yang tak pernah sunyi berbuat dosa dan kemaksiatan, namun jalan Allah jualah yang akhirnya menuntun kita mengenal erti kehidupan ini. Subhanallah(^_^)

‘Ketika aku lahir, Allah membimbing ku.. Ketika aku sedih, Allah yang mengembirakan hatiku.. Ketika aku sunyi, Allah yang menemaniku.. Ketika aku disisih, Allah yang menjadi rakan seduduk ku.. Ketika aku berjihad, Allah yang menjadi pelindung atas ku.. Ketika aku mati, Allah lah yang menyambut ku di sana ...’


DOA AKHIR TAHUN



(((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))



DOA AWAL TAHUN

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."