assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, March 18, 2011

.:Lagi : Katak Yang Lapar:.

Assalamu'alaikum semua =)

After penambahbaikkan, inilah hasil kerja kami.. tunggu masa untuk di approve oleh pihak Taska, kemudian boleh la dipersembahkan pada adik2 comey.. x sabar rase nye~ hehe.. rancangnya nak bercerita di Taska Wafa Izzati.. insyaAllah, mudah2an segalanya dipermudahkan, aminn =)


Inilah hasil kerja kami, hasil sumbang saran.. fatimah, kak na, ada, yana dan saya sendiri..
backdrop untuk cerita kami.. tema alam semulajadi~ alhamdulillah setelah hampir dua jam menyiapkannya.. bermain dengan water colour, crayon, gunting, gam dll.. seterusnya bagi menghidupkan latar, kami cuba mengetengahkan watak-watak supaya nampak lebih mesra alam seperti...

~katak comel sebagai watak utama~

~Si Beluncas~

~Si Tupai~

~Si Bangau~

~Si Cicak~

~Lalat~

Watak2 lain (x ambil gambar lagi.. huhu)
1. Ikan
2. Buah

*Doakan kami berjaya menyampaikan dengan baik apa yang baik dalam hal yang baik .. =) mudah-mudahan baik-baik sahaja semuanya, insyaAllah~ wallahua'lam~

Wednesday, March 16, 2011

.:Katak Yang Lapar:.

Bismillahil 'Azimm~ awal kalam..

Entah kenapa jari-jemari ni nak menulis coretan, berkongsi tentang pengalaman kumpulan kami membentangkan teknik bercerita kanak-kanak 3-4 tahun.. erm, mungkin ini satu pengalaman baru buat kami.. suatu pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik untuk kanak-kanak.. secara keseluruhannya, ada beberapa komen yang pensyarah berikan.. komen lebih kepada prop (bahan2) kami yang separuh siap (keje last minute..huhu).. insyaAllah, bakal diperbaiki.. erm.. alkisah~


~Assalamu'alaikum adik-adik~ adik2 sihat ?
Siapa nak dengar cerita cikgu hari ini.. angkat tangan .. erm.. tajuk cerita kita hari ini 'KATAK YANG LAPAR'.. haa, apa tajuk cerita kita hari ini ? =)

Di sebuah kampung, ada seekor katak yang sangat lapar (sambil menggosok-gosok perut). Katak melompat-lompat untuk mencari makanan. Katak melompat sambil menyanyi.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si beluncas sedang makan di atas daun.


" Beluncas.. beluncas.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
" Boleh.. tapi aku makan DAUN.."
"Erm.. takpelah.."

Katak meneruskan perjalanan.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si tupai sedang makan di atas pokok.


"Tupai.. tupai.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
" Boleh.. tapi aku makan BUAH"
"Erm.. takpelah.."

Katak meneruskan perjalanannya lagi.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si bangau sedang makan di tepi tasik.


"Bangau.. bangau.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
"Boleh.. tapi aku makan IKAN"
"Erm.. takpelah.."

Katak terus melompat.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si cicak sedang makan di tepi semak.

"Cicak.. cicak.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
"Boleh.. tapi aku makan SERANGGA"
"Eh.. itu makanan aku.. itu makanan aku.." . Katak menyanyi dengan gembira.

"Mari kita kongsi bersama-sama" Kata cicak.

Akhirnya, katak dapat makan. Kata pulang dengan gembira.

* Nilai dalam penceritaan
1. Berusaha sehingga berjaya (katak berusaha mencari makanan)
2. Baik hati : Perkongsian (cicak berkongsi makanan dengan katak)

*Aktiviti selingan
1. Mengira binatang
2. Sebutkan nama binatang
3. Menyanyi bersama (Lompat.. lompat.. lompat katak lompat)..
4. Makan apa ? Apa yang dimakan oleh binatang2 ?
5. Bagaimana katak melompat ?

Dalam teknik penceritaan ini, kami cuba memasukkan elemen yang menghubungkan emosi (gembira), kognitif (ramalan terhadap apa yang akan berlaku dalam penceritaan), fizikal (melompat seperti katak), spiritual (nilai) dan sosial (interaksi dalam kelas). Kami juga menggunakan kaedah pengulangan skrip. Kanak-kanak pada usia 3-4 tahun, masih berada di tahap awal dalam perkembangan bahasanya. Apabila sesuatu frasa diulang-ulang, kanak-kanak lebih mudah mengingat sekaligus menambah kosa kata dalam penggunaan bahasa.

Suatu pengalaman yang menarik untuk semester ini =) sekadar berkongsi..
wallahua'lam.

Tuesday, March 15, 2011

.:Nikmat vs Musibah:.


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah wa syukrulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut : 2)

Nikmat mahupun musibah, kedua-duanya adalah UJIAN termahal.. bertujuan menguji tahap keimanan seseorang.. disaat Allah ingin mengangkat darjatmu, keimanan dan ketaqwaanmu…
sesekalu diuji, manusia tak dapat lari daripada bersikap lemah..namun itulah hakikat yang perlu dihadapi, Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah disitu !

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk : 2)

~Rintihanku~

Jauh Perjalanan Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Membuka aku melangkah
Menuju satu daerah
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Menjadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Resah Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sesungguhnya Engkau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Pohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Dirii Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 156)

*p/s : Terimbau balik lagu ini.. mendalam maksudnye.. Allahu Rabbi, padaMu aku merintih^_^
perjalanan ini menjanjikan ujian dan liku cabaran yang perlu di hadapi.. bersangka baik pada Allah.. insyaAllah, segala yang tersurat ada hikmah tersirat disebaliknya.. Allah ma'anaa.. wallahua'lam~