assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, May 27, 2010

.:Pengakhiran:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamua'laikum pembuka bicara~
terasa lama ana meninggalkan dunia penulisan, lantaran diri yang sering terhijab dengan dosa, membuatkan lidah kelu untuk berkata-kata, hati kelam untuk berbicara, jiwa kosong untuk mengungkap kalimah meskipun satu ayat..Allah~ ampunkan aku yaAllah~ dalam keterbatasan diri yang lemah serta hina ini yang sering membuatkan aku menangis, merintih, mengadu padaMu..namun, aku masih begini, hipokritkah aku?? Penyesalan yang terlalu sebentar..astaghfirullahal'azim~

"Al-imaanu yajidu wayankus; iman itu kadang naik kadang turun"

Mengenangkan kehidupan yang sementara ini, terkadang ana jadi takut, bagaimanakah kesudahanku kelak? saat lemahnya imanku, ana bimbang andai tiap niat, kata-kata, dan tingkahlaku yang bakal mengundang murka Allah..na'uzubillah..

"tidak ada kematian selain kematian di dunia ini. Dan kami sekali-kali tidak akan dibangkitkan, (Ad-Dukhan:35)

Justeru, ana rasa tiba masanya, untuk ana berhenti seketika daripada menulis, memulihkan jiwa yang rapuh, izinkan ana meletakkan pengakhirannya disini.. sekiranya diizinkan Allah, ana menginginkan jiwa dan hati yang 'jadid' (baru) untuk kembali menulis..tidak terlintas di sanubari ini untuk berhenti menulis~ asiff jiddan..maafkan ana..

Allah yang lebih mengerti~ wallahua'lam

p/s:mohon sejuta kemaafan dari hati ke hati andai sepanjang penulisan ini, banyak cacat celanya, andai ada hati yang terguris..mohon maaf~~



Tuesday, May 11, 2010

.:Imam As-Syahid Hasan Al-Banna:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar.

Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah. Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain. Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat alMuslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.

Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang. Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh alSyahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undangundang. Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan. Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv.

Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna. Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.
Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat.

Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949. Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.

wallahua'lam

Sunday, May 09, 2010

.:Bila Rindu Bertamu:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Alhamdulillah, saat ini masih dikurniakan seorang ibu dan ayah..bersempena dengan hari ibu, hati bagai terlonjak-lonjak untuk meraikan kedua2 insan istimewa ini..bagiku tiada bezanya meraikan hari ibu dan bapa pada hari yang ditetapkan atau pun pada bila2 masa sekalipun, teringat pesan abah, hari ibu dan bapa adalah setiap hari bagi seorang yang bergelar anak..dalam sekali makna itu, insyaAllah masih ku pahat di hati ini, dalam usaha menjadi anak yang solehah..namun hari ini, memandangkan kesihatan ma dan abah yang tak mengizinkan menjadikan teratak kediaman kami sunyi sepi bagai tak berpenghuni..mudah2an Allah memberi kesembuhan buat kedua2 ibu dan ayahku:)ameen yaAllah~

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (An-Nisa’:78)

Hari ini sempat meluangkan masa berbual-bual panjang dengan ma. Banyak yang ma kongsikan. Kadangkala diselitkan jua kisah-kisah lama semasa kami kecil. Hehe^_^. Macam2 ada. Karenah anak ma dan abah(~_^)..namun, Alhamdulillah, berkat tangan2 ikhlas yang tidak jemu membesar dan mendidik kami inilah yang menjadikan kami hingga hari ini. Cuma, terkadang anak-anak ma dan abah yang makin kian meningkat dewasa ini yang kerap melakukan kesilapan atas tangan2 kami sendiri. Maafkan kami ma dan abah^_^. Melihat raut tua ma dan abah, kadang2 timbul rasa takut, bimbang tak dapat berbakti pada ma abah selama hayat ma dan abah. Bimbang juga usia diri ini yang tidak tahu sampai bila, atau mungkin terlebih dahulu akan pergi. Wallahua'lam~ Mudah2an masih diberi kesempatan meskipun sekejap~ameen yaAllah.

Apa yang menyentuh perasaan ana saat ini, melihat wajah ma sarat dengan kerinduan pada seorang insan yang sangat dekat di hati ma, sama seperti kasihnya, sayangnya, cintanya ma terhadap abah dan anak-anak. Subhanallah~agungnya cinta yang KAU anugerahkan...seringkali ana mendengar ceritera ini, namun sedikit pun ana tak pernah jemu, bagi ana itulah mutiara hikmah seorang ibu, andai itu kerinduan yang dapat diluahkan. Tak sanggup rasanya membiarkan hati seorang ibu menanggung bebankerinduan sendirian. Dalam diam, ana juga merindui insan itu. Genap sepuluh tahun pemergian arwah, namun terasa bagai baru semalam melihat jasad yang terbujur kaku. Allah~saratnya rindu ini pada arwah abang..sampaikanlah yaAllah..rindu kami padanya..

Saat pertama kali melangkah ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), waktu itu..sederetan pesakit yang menghidapi penyakit leukemia. Mengikut cerita ma, semuanya terdiri daripada sekumpulan remaja di awal usia, wajah2 itu yang masih suci dan bersih. Namun, beberapa bulan berkampung di situ, terasa seperti satu keluarga antara satu sama lain. Masing2 mengambil berat antara satu sama lain. Hubungan yang diikat kuat atas rasa empati~ Allahuakbar..namun bulan silih berganti, seorang demi seorang pergi menyahut panggilan Ilahi. Bergetar saat mendengar perkhabaran demi perkhabaran. Bagaimanakah sekiranya kita berada ditempat sebegitu? Tak dapat ana gambarkan perasaan abang ana ketika itu melihat satu persatu sahabatnya pergi. Dan dia juga bagai mengerti apa yang bakal dilalui. Hinggalah saatnya tiba, Allah membawa abang pergi dengan tenang setelah hampir dua tahun menderita. InsyaAllah, redha menjadi penawar, namun kenangan demi kenangan masih utuh di kotak ingatan. Perginya seorang insan..Al-Fatihah.

Setelah sedekad berlalu, nama terus disebut2:)kerana itulah kekuatan cinta yang ada dalam 'usrah' ini. Namun, ana masih merasa trauma bila melalui HBKL, HUKM..masih terbayang2 diruang mata, senyum arwah, tangisan arwah..Allah~~~semuanya bercantum menjadi satu..

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan, (Al-Waaqi’ah:60)

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumuah:8)

Moga2 Allah tempatkan arwah dikalangan solihin~ameen yaAllah~wallahua'lam~~

p/s: sekadar perkongsian sementara masih utuh di bumi Allah, bahawasanya satu hari nanti, kita jua pasti menyusul..wallahua'lam


~Perkongsian~


Assalamu'alaikum pembuka bicara~kalam Ilah membuai hatiku membawa jari-jemari ini kembali menulis atas kehendak dan keizinan~Nya..Allahuakbar~besarnya nikmat Allah buat hambaNya meskipun kita sering menjadi hambaNya yang sering ingkar akan perintahnya..Astaghfirullahal'azimm~selawat dan salam buat junjungan besar Rasulillah s.a.w..hayya sollu 'alannabiy~1..2..3:)

"Dan DIA lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna,"(Al-Furqan:29)

"Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka ia tiada memiliki cahaya sedikit pun." (An-Nur:40).

Pejam celik pejam celik, masa berlalu terlalu pantas..membawa diri menilai kembali buku amalan..sejauh mana 24 jam sehari..7 hari dalam seminggu..4 minggu dalam sebulan..12 bulan@365 hari dalam setahun..10 tahun dalam satu dekad..sejauh mana telah dimanfaatkan sebaiknya sebagai seorang anak, kakak, adik, mak cik, sahabat etc..Allah~terasa banyak amanah yang tak terlangsai dek kelalaian pada dunia..Allah~

Alhamdulillah, setelah membuat sedikit refleksi ke atas diri, nyata banyak sebenarnya perancangan dalam cuti ini, mudah2an bukan sahaja bermanfaat buat diri malahan buat insan2 yang sentiasa 'dekat di hati' ini..bila dibuat senarai semak, Allahuakbar~banyak sangat..mudah2an Allah tunjukkan jalan dan permudahkan urusan dalam merealisasikan impian dan harapan ini..untukMu yaAllah~

Malam semalam, abang ana ke konvoi GAZA di Stadium Melewati, Shah Alam..membuak-buak perasaan nak ke sana, tapi ats sebab2 tertentu, tak dapat pergi..(^_^)..

sedikit perkongsian hasil pembacaan daripada internet:)
sejauh manakah kita menyedari realiti ini atau kita sekadar memandang enteng..sama2 kita berfikir, mudah2n menjadi buah zikir..

11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi

January 6, 2009

Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul.

Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.

Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW:

‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.”

Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)

Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.

Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.

Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud

‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)

Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud:

‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)

Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud:

‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)

Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya:

‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Surah al-A’raf: 150)

Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya:

‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).

Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili.

Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak.

wallahua'lam