assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, April 08, 2010

.:Salam Imtihan:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Syukur termasuk kedudukan yang paling tinggi dan lebih tinggi , bahkan jauh lebih tinggi daripada kedudukan redha. Di mana sifat redha ada dalam syukur kerana mustahil syukur ada tanpa redha.”

"Biar sedikit..daripada banyak yang melalaikan.."

Pesan seorang guru: "Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan juga bukan atas usaha semata-mata. Soal utama dan pertama, keberkatan dariNya, bukan hendak menafikan titik peluh kita, tapi kita harus sedar adanya Allah yang mengatur segala..biarpun sejuta ilmu kita dalami tapi ia tidak mempunyai harga atau erti andai tiada keberkatan dariNya kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya..hadirkan dalam hati keinsafan, bahawa hanya ilmu yang menjadi wadah untuk lebih akrab dengan Allah.."

Alhamdulillah atas kesempatan mengecapi ni'mat hidup meski diri penuh dgn kelemahan dan kehinaan. Selautan syukur buat Ilah kerana masih memberikan ruang dan kesempatan untuk sujud disisiNya.. insyaAllah exam bakal menjelang 3 hari lagi, YaAllah, jika dihitung tak kan pernah habis ilmuMu untuk aku teroka dan selami.. mudah2an ilmuMu ini akan menjadi wadah untuk aku lebih aqrab denganMu..ameen InsyaAllah~

Buat sahabat2..
Salam imtihan..selamat berkampung di medan perjuangan..doakan kejayaan bersama ye..moga2 sama berjaya gapai kejayaan dunia dan akhirat..

"Allahummarzuqna Najahan Fil Imtihan..Fiddeen..Fidduniya..Wal AAkhirah..Allahumma Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Qulubuna 'Alaa Deenik..Wa 'Alaa Tho 'Atik.."

Sedikit perkongsian bersama:

Malam sebelum peperiksaan:
  • Mohon maaf pada semua orang dan maafkan semua orang.
  • Jangan lupa mohon restu ibu bapa, guru, pensyarah etc
  • Istighfar 100x+solat taubat+solat hajat+etc
Pagi peperiksaan:
  • Mulakan hari dengan menyebut NAMA ALLAH+SENYUM=)..moga2 pagi itu dihadapi dengan tenang
  • Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan..apepun mulakan dengan BISMILLAH..meskipun nak mengangkat kaki, duduk, memegang pensil, membaca soalan, menulis etc..
  • Jangan lupa doa penerang hati+surah Al-Insyirah+Sural Al-Fath(ayat 1)+Surah An-Nuur(ayat 35)+Doa Seribu Dinar+Ayat Kursi
Sesudah Peperiksaan:
  • ISTIQAMAH dalam meminta dengan Allah (betapa DHAIF nya kita di hadapan Allah dan seluruh pergantungan dan harapan hanya pada Allah Ta'ala)
  • DOA+SOLAT HAJAT
  • AT LAST BUT NOT LEAST..TAWAKAL pada Allah dgn sebenar2nya
"FA IZA 'AZAMTA FA TAWAKKAL 'ALALLAH"

Sekadar ini perkongsian dan ilmu yang ada..mohon tambah atas kekurangan dan mohon perbetul kesilapan..syukran jazilan=)

SALAM IMTIHAN..

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (2:212)

WALLAHUA'LAM~



.:Selamat Hari Lahir:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Dedikasi ini ditujukan buat insan yang 'DEKAT DI HATI'..juga buat diri yang bakal mencecah usia 21 tahun(^_^)..sayu hati ini..terlalu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan yang berlalu pergi..
Allah..KEHIDUPAN dalam satu tempoh yang bukan sekejap..pejam celik, pejam celik, rupanya diri telah melalui satu proses kehidupan..melalui saat2 diuji dengan ranjau dan duri..mehnah dan tribulasi yang menduga..kenikmatan, kebahagiaan, kejayaan yang telah menyuntik semangat..semuanya silih berganti..namun ujian yang bertandang tidaklah terlalu berat, tidaklah setanding saat getir yang telah dilalui junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w..sedang diri diuji dengan ujian yang masih terlalu kecil dan sedikit..namun sejauh manakah diri ini kenal erti syukur, redha..sejauh manakah diri belajar untuk memahami erti kehidupan..sedang diri masih banyak cacat dan celanya..masih banyak yang perlu diperbaharui, diperbaiki..muhasabahlah wahai diri..



SELAMAT HARI LAHIR~
1/4-Ukhti Munira (kmm)

6/4-Ukhti Faz
8/4-Kak Fatah

10/4-Ukhti Syifa'

15/4-Asrar 19/4-Mira PAKK
20/4-Adek sayang..humaira'

24/4-Nisah (kmm), syairah (upsi)
25/4-Diana

28/4-MY BELOVED MA

30/4-Kak Azira


Mudah2an pertambahan usia ini bakal membawa sinar baru dalam kehidupan..menjadikan kita semakin aqrab dengan Allah..sebagai peringatan bersama, semakin hampir jua saat pertemuan dengan Ilah Rabb..
Allah~bagaimanakah kesudahan kami??

"Biar di saat kelahiran kita semua orang bergembira menyambut kita sedangkan kita menangis sendirian kerana takut untuk menerima tanggungjawab hidup..dan biarlahdi saat kematian kita, semua orang menangis di atas pemergian kita sedangkan kita tersenyum sendirian kerana telah sempurna melaksanakan amanah hidup"

wallahua'lam~

Wednesday, April 07, 2010

.:Kembali..Setelah Sekian Lama:.

Dengan Nama Allah Yang MAHA PEMURAH Lagi MAHA PENYAYANG~
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..atas kudrat Ilahi jualah ana kembali menulis setelah sekian lama menyepi..atas ilham anugerahNya jualah telah membuai jari-jemari ini untuk kembali melakar tinta..meskipun masih banyak cacat dan celanya..mudah2an bermanfaat buat semua, insyaAllah..


"Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna at-talwil, wahdina sirotholmustaqim"

"Maka alangkah baik sekiranya keluarlah daripada setiap golongan daripada kalangan mereka satu kumpulan untuk tafaqquh fi al-din (mendalami persoalan agama) agar mereka memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang kepada mereka." (At-Taubah:122)

Alhamdulillah..bertemu dengan adik a'an, nana dan siti dalam sesi halaqah semalam membuai perasaan ini dengan rasa tenang, alhamdulillah..jiwa gersang kembali terisi..walaupun hanya ber'empat', namun malam tadi terasa begitu bermakna dengan satu perkongsian..alhamdulillah, kesihatan pun semakin baik (^_^)..masa satu jam terasa pantas berlalu..insyaAllah tajuk halaqah kami, TANGGUNGJAWAB + PERANAN MAHASISWA DALAM MEMAHAMI FIQH ISLAM

Sejauh mana kita memahami realiti kehidupan sebagai mahasiswa? Saban hari hanya mengejar sekeping ijazah dan kerjaya? Sejauh manakah kita berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat??

Hakikat yang kita perlu fahami..kejayaan dan kebahagiaan dunia perlulah seiring dengan kejayaan dan kebahagiaan akhirat..bertepatan dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) yang menekankan aspek perkembangan JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelektual+sosial) secara menyeluruh, bersepadu, harmonis dan seimbang..

Dalam kerancakan era teknologi yang pesat, negara yang sedang membangun ini, namun masih ada rata-rata antara kita yang masih lagi cetek dan kurang berpengetahuan dalam bidang agama..sama ada kita sendiri yang kurang kesedaran terhadap tuntutan mencari dan menimba ilmu agama sebagai satu elemen terpenting yang mampu membangkitkan satu keseimbangan dalam diri kita secara menyeluruh..wallahua'lam

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi. Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."(Al-Qasos: 77)

FIQH ISLAM:
Kefahaman mendalam dan teliti dalam perbahasan2 agama yang dipetik dan dirumus daripada AL-QURAN dan AL-HADITH

Menurut Imam As-Syafei: mengetahui praktikal hukum syarak bersumber daripada dalil-dalil yang terperinci iaitu Al-Quran dan As-Sunnah berserta cabang yang lahir daripada kedua-duanya iaitu ijma' dan ijtihad.

KEISTIMEWAAN FIQH ISLAM

Berpandukan wahyu Ilahi

-tidak pernah lari dari berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan berbeza sama sekali dengan perundangan ciptaan manusia

Bersifat syumul (lengkap) merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. Terdapat hukum yang merangkumi
  1. hukum berkaitan ibadah khusus:solat, puasa, zakat, haji
  2. hukum berkaitan muamalat (perhubungan sesama manusia): jual beli, perniagaan, pinjaman
  3. hukum berkaitan masalah keluarga: nikah, talak
  4. hukum berkaitan jenayah: zina, curi
  5. hukum berkaitan persoalan keadilan: hak sesama manusia
  6. hukum berkaitan masalah pemerintahan: pemerintah dan rakyat
  7. hukum berkaitan antara negara: keadaan perang dan damai
  8. hukum berkaitan persoalan akhlak: adab terhadap ibu bapa
Sesuai diamalkan setiap masa dan tempat

Terbahagi kepada dua bahagian:
At-Thawabit: yang tidak boleh berubah sama sekali
  1. Asas-asas aqidah: kewujudan Allah
  2. Asas-asas kebaikan: asas akhlak yang diterima oleh fitrah yang suci; sifat mahmudah
  3. Seluruh asas2 keburukan: zalim, derhaka terhadap ibu bapa
  4. Hukum yang berasal dari nas yang membawa maksud yang kekal hingga hari kiamat: contoh sabda Nabi s.a.w , "Jihad berterusan hingga ke hari kiamat"
  5. Hukum-hukum asas yang qat'ie (dari satu sudut ia satu kewajipan): rukhsoh; solat(jama' qosar), haji (upah haji). puasa (ibu mengandung etc)
Al-Mutaghayyirat: yang boleh berubah pelaksanaannya:
membawa maksud sesuatu yang disyariatkan seperti menutup aurat bagi wanita adalah wajib keseluruhan badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, tetapi pelaksanaannya adalah bergantung pada diri kita, dibolehkan berfesyen dengan gaya, warna yang kita sukai selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Wallahua'lam~

Islam itu indah apabila kita cuba memahami, menghayati, seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian..sama2 kita tafaqquh fiddin..kerana diri yang sentiasa memerlukan revolusi ke arah yang lebih baik..diri yang sentiasa memerlukan pengisian rohani..jiwa yang gersang tanpa tuntunan iman..

Dari Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"ISLAM mula tersebar dalam keadaan kesukaran (asing), dan ia akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing"