assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, January 10, 2010

.:Semalam Yang Pergi (part 4):.

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath: 27).

Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang masih dikuasai oleh musuh-musuh baginda, tahun sesudah baginda bermimpi.



Aku tersentak apabila tiba-tiba namaku diseru. Aku menoleh. Mataku melilau-lilau. Nyata aku memang keseorangan. Ummi dan abah baru sahaja bertolak ke hospital untuk menemani abang. Aku disuruh duduk dirumah pada hari itu kerana aku demam. Tidak semena-mena bulu romaku meremang. Aku seolah-olah mengenali suara itu. Terlalu dekat di hatiku.

"Abang..". Ingatanku pada abang tiba-tiba menerpa. aku mencapai ganggang telefon rumahku. Tanganku ligat menekan nombor telefon ummi. Seketika. Tiada jawapan. Aku menelefon abah. Tiada juga jawapan. Aku mula berdebar-debar.

Aku menutup resahku membuka mushaf hijauku. Perlahan-lahan aku teliti makna surah Al-Baqarah, ayat 94:

Katakanlah," Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu disisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian (mu), jika kamu memang benar"

Bunyi deringan telefon mengejutkan aku. Bergegas aku mengangkat telefon. Kedengaran suara ummi perlahan memberi salam.

"Ummi, abang macam mana?" Aku segera bertanya sebaik sahaja menjawab salam ummi.

"Asrar, keadaan abang kritikal. Tolong doakan abang, Asrar. Jangan putus-putus baca yaasin ye. Ummi dengan abah tak dapat balik malam ni." Suara ummi kedengaran cemas di corong telefon.

"Habis tu, Asrar? Asrar nak ke hospital..Ummi..," Aku mula merengek.

"Asrar kan demam, Asrar kena rehat. Jangan lupa makan ubat ye sayang. Ok, Asrar. assalamu'alaikum."

Belumpun sempat salam ummi aku jawab, talian terputus. Seketika aku mundar-mandir. Duduk berdiri. segalanya serba tak kena. Menyedari ada amanah yang ummi sampaikan sebentar tadi, aku memanjangkan langkah ke bilik air. Aku mengangkat wudhu.

Sedang khusyu' berteleku di sejadah, tiba-tiba bahuku disentuh. Aku menoleh.

"Abang..!" Aku benar-benar terkejut. Abang tersenyum. Manis. Abang mengusapku kepalaku perlahan. Baru sahaja aku ingin memeluk abang. Tiba-tiba...

'Allah..'. Aku bermimpi rupanya. Aku tertidur di tikar sejadah. Jam menunjukkan angka empat. Aku berasa tidak sedap hati. Air mataku tiba-tiba tumpah. Pagi itu hanyut aku dalam pengaduan kepada~Nya. Betapa aku insan yang lemah.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Hari itu suria memancar terang. Aku mengharapkan sinar~Nya untuk melalui hari-hari mendatang. Aku mengelap wajah abang yang kian cekung. Aku cuba tersenyum. Seperti biasa aku banyak bercerita dengan abang cuba menghiburkan hatinya. Abang banyak tersenyum lebih-lebih lagi apabila aku mengungkit cerita lama.

Waktu kecil kami, dunia kami membesar di kampung. Melastik burung, memanjat pokok, menangkap ikan sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kami. Biasanya, abanglah yang selalu mencetuskan idea-idea pelik sehinggakan kami selalu didenda oleh abah. Lucu. Pernah satu hari, kami didenda menghabiskan satu juzuk Al-Quran kerana kami ponteng kelas mengaji. Walaubagaimanapun, mutiara hikmah ummi dan abah telah berjaya mendidik kami sehinggalah sekarang. Dan berkat doa dengan hasil didikan ummi dan abah jugalah, yang membawa kami dekat dengan Al-Quran, membawa kami mengenal Allah Ta'ala.

"Adik.." Suara lemah abang mematikan hayalanku.

'Kenapa abang?"

"Tolong bacakan abang yaasin boleh" Permintaan abang aku sambut dengan senyuman. Aku berlalu untuk mengambil wudhu'. Entah kenapa. tiap kali abang minta aku bacakan yaasin, hatiku bergetar hebat.

Usai bacaan yaasin. aku lihat abang lena. Tenang wajah itu. Aku berkira-kira ingin turun ke surau sebentar. Memandangkan abah dan ummi baru sahaja pulang dari kedai membeli sedikit buah-buahan. Baru sahaja aku melangkah beberapa tapak tiba-tiba aku lihat dada abang turun naik. Abang nampak dalam kepayahan mengatur pernafasannya. Abang ingin bersuara, tapi suara abang tersekat-sekat. Aku menghampiri abang, aku capai tangan abang. Abah bergegas memanggil doktor. Ummi pula, aku lihat cuba menenangkan abang. Ummi berbisik sesuatu ke telinga abang. Sejurus selepas itu, kelibat doktor dan beberapa orang jururawat datang. Suasana menjadi kelam kabut. Doktor meminta kami keluar sebentar.

Aku terduduk. Lemah

Bersambung..

No comments: