assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, January 09, 2010

.:Semalam Yang Pergi (part 3):.


Jantungku berdengup kencang kala ini. Berita yang aku terima daripada ummi benar-benar buatkan aku cemas. Abang dikejarkan ke hospital. Abang muntah darah. Sebelum ke hospital, ummi titipkan pesan untuk duduk sahaja di rumah mengulangkaji pelajaran. Abah sempat memujukku untuk tenang dan jangan putus-putus berdoa. Perlahan-lahan aku terus berzikir memujuk hatiku. Aku yakin abang tak apa-apa. Aku mula membuka mushaf 'hijau'ku.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".(Surah At-Taghaabun: 11)

Ingatan aku singgah pada perbualan ummi dan abah semalam. Kesunyian malam itu membuatkan aku sempat menangkap bait-bait perbualan ummi dan abah.

"Tadi, syam ada bagi tahu abang, dia minta abang temankan dia tidur. Dia kata dia takut, kerapkali dia rasa ada orang datang melawat dia...," kata-kata abah terhenti. Aku terdengar esakan kecil ummi.

"Boleh kan abang temankan syam tidur," Abah menyambung lagi. Lama suasana sepi sebelum ummi mula bersuara.

"Abang, Nur dah tak sanggup tengok syam menderita. Nur redha apa sekalipun yang terjadi. Nur dah bersedia abang."

Aku tidak sanggup lagi mendengar perbualan seterusnya. Aku mula menangis. Entah perasaan apa yang hadir.

'YaAllah, tamakkah aku? Bukankah segala yang ku miliki ini hanya pinjaman cuma?'

Hatiku terasa berat menerima andai dan seandainya...

Aku terkejut apabila kelibat abah tiba-tiba muncul. Abah tersenyum. Entah bila kereta abah memasuki perkarangan rumah. Sedar-sedar abah dah pun berada di dalam rumah. Nyata fikiran aku jauh menerawang.

"Asrar, keadaan abang stabil. Tapi, abang kena tinggal kat hospital." Abah mula bersuara. Abah tersenyum. Tenang wajah abah. Aku kelu.

"Esok last paper Asrar kan? Asrar kena tidur awal."Abah tampak letih tapi riak wajah abah terlalu tenang.

"Abah, boleh Asrar temankan abang malam ni. Lepas subuh kita balik ye."

"Biar abah yang jaga abang ye. Ummi teman Asrar kat rumah ye. Abah nak anak abah dapat tidur yang cukup. Esok kena buat yang terbaik tau.. Okla abah tak boleh lama-lama ni.Abang tunggu tu.."

Aku mengangguk. Aku mengerti. Ummi merangkul aku dalam pelukannya. Aku mula teresak-esak. Terasa hari-hari yang bakal aku lalui terlalu sukar untuk aku gambarkan.


((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))


Mataku menangkap judul artikel di tangan abang, 'KUBUR BERKATA-KATA'. Jantungku tiba-tiba berdengup kencang. Abang kelihatan khusyu' membaca.

"Abang baca apa tu?" Aku cuba mengalihkan perasaan tak keruanku.

Abang tersenyum. Wajah cekung abang merenung aku. Sekali lagi, terasa luluh hatiku untuk membalas pandangan itu. Aku tunduk. Abang menghulurkan artikel itu kepada aku.

"Adik, abang letih, abang nak rehat ye," Perlahan suara abang.

Aku selimutkan abang. Aku membetulkan kedudukan bantal abang memastikan abang dalam keadaan selesa walaupun hakikatnya aku tahu keadaan abang dengar wayar-wayar yang melingkar di badannya pasti menyukarkan pergerakan serta posisinya. Hari-hari bersama abang, membuatkan aku tidak lagi berasa takut. Lebih-lebih lagi melihat abang membuka mata tiap hari. Biarlah aku orang pertama yang dilihatnya.

Melihat abang mula terlena, aku mula membaca petikan artikel itu.

Kubur berkata-kata "Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah lah.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah radiallahanhu)
2. Hasan (anak Fatima radiallahanhu)
3. Husin (anak Faimah radiallahanhu)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary


Sewaktu jenazah Fatimah lah.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary lah.a
berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Saya bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun saya adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari saya (akan saya layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja. Saya boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Aku termenung seketika. Sejak akhir-akhir ini abang gemar membaca. Abang juga banyak menghabiskan masa mengulang-ulang bacaan Al-Quran. Hatiku tersentuh tatkala melihat abang sering terlena bersama naskah Al-Qurannya. Beberapa hari lepas, abang ada berpesan, untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan ramadhan lepas. Hampir sebulan abang tak berpuasa. Keadaan kesihatan abang kian tak menentu. Namun, kebelakangan ini jugak aku lihat ummi dan abah lebih tenang daripada biasa. Ummi tidak lagi menangis, abah pula kerap aku tengok bergurau dengan abang. Melihat keadaan abang dengan kehadiran ummi dan abah membuatkan aku kian tegar. Aku harus kuat disisi abang!

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

"Adik, adik sayang abang?" Kerapkali soalan itu diajukan.

"Mestilah! Sayang adik pada abang lebih daripada sayang abang pada adik tau..," Aku bersuara manja. Abang menyentuh pipiku. Abang tersenyum.

"Adik, semalam abang mimpi patah gigi."

Jantungku tiba tiba berdebar.


Bersambung..

No comments: