assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, June 20, 2010

.:Kembara Seorang Musafir::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

~Assalamua'laikum wrh. wbt.~

mok tok ayoh, adik-beradik abah bersama pengantin baru:)
baarakallahu fikum jami'an

Alhamdulillah wa syukrulillah, selesai sudah rombongan menghantar pengantin (sunnor..mak cik paling bongsu) ke rumah 'Ayoh Su' baru kami di Sungai Siput :) . Semalam seramai 15 buah kereta (berjujuk..hehe..sek2 kami dari pelbagai negeri, kedah, perak, kelate, selangor), yang sesat pun ade.. macam2 ragam ada..makcik dan pakcik, sepupu-sepapat.. sedara mara.. ramai sungguh ! 100 orang kot semuanye.. hehe~ Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam tapi penuh hikmah, itulah hikmah kembara di bumi Allah, insyaAllah tidak pernah sia-sia..

***************************************************

Usai solat subuh, ana sempat menyediakan sarapan ringkas sebelum bertolak, kemas-kemas apa yang patut.. pukul 8.00 pagi mula bertolak.. Entah kenapa, setiap kali bermusafir, ada perasaan gusar, perjalanan yang mengambil masa agak lama buatkan ana tak mampu melelapkan mata.. Namun alhamdulillah.. 15 buah kereta kesemuanya selamat sampai sekitar 1.00 petang.. selepas waktu zohor, dalam pukul 2 petang, rombongan kami berarak ke rumah 'Ayoh Su'. Sempat juga melihat suasana di situ, terkejut barangkali tetamu yang ada di situ dengan jumlah kami yang ramai.. alhamdulillah, ape pun semuanya berjalan dengan lancar :). Sempat juga merakamkan foto kenangan bersama :) ~ Jam 4.00 petang, kami semua beransur-ansur untuk pulang..

Perjalanan pulang, terasa lapang menyelinap. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Dalam perjalanan pulang, macam-macam yang kami kongsikan. Sesekali saling usik-mengusik. 'Haa..lepas ni nak hantar siapa pulak ye??' (nakal soalan ni ^_^). Lepas je pada kakak ana kahwin, memang takde siapa dah yang menyusul. Wallahua'lam~

Perjalanan kami kali ini, entah kenapa ana rasa seronok, hilang segala keletihan. Beberapa jam perjalanan, abang dan adik perempuan ana mula terlena. Waktu ini adik bongsu ana, minta ana tasmi' hafazan dia. Alhamdulillah, bahagia melihat kesungguhan dia. Sejak akhir-akhir ini, adik ana kelihatan bersungguh menghafaz, katanya dia nekad nak menghafaz satu Al-Quran. Alhamdulllah! Dalam hati ini, tak putus-putus ana mendoakan, mudah-mudahan semuanya terlaksana. Sesekali mata ana menjeling ke arah abah, kelihatan abah keletihan! Kasihan abah.. kalaulah ana boleh memandu, nak je gantikan tempat abah, tapi apa kan daya. (~_~)

Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 malam, kami sampai di Gombak. Tapi, sebelum tu sempat kami singgah makan di Sri Gombak. Perut semuanya dah bernasyid. :) Sampai aje di rumah, abah orang pertama yang melabuhkan tirai malam, keletihan yang teramat.. kasihan abah.. mungkin ada sesuatu yang perlu kami mengerti disebalik wajah abah yang semakin dimamah usia..
Entri kali ini, bukanlah berniat menceritakan diari hidup ana, namun hakikatnya disebalik perkongsian ini, ada sesuatu yang ingin ana titipkan buat hati ini, hati pembaca sekalian. Hati ini sebenarnya benar-benar tersentuh.. cuti yang agak lama ana isi bersama kedua-dua ibu bapa.. family tercinta.. rupa-rupanya masih banyak tak terlaksana kewajipan terhadap mereka.. Allah, hinanya aku, tidak dapat menunaikan taklifan ini. Allahuakbar~~ Mungkin antara kita ada yang dah pun berjaya menjadi mutiara solehah juga permata soleh buat kedua-dua ibu bapa.. Allahummaftah 'alaikum..

yaAllah, hanya padaMu aku pinta, lindungi dan peliharalah selalu kedua-dua ibu bapaku, hanya Engkau lah sebaik-baik pelindung dan pemelihara.. permudahkanlah urusan mereka menghadapi hari tua.. ampunilah kami atas keterbatasan kami, anak-anak yang sering lupa dalam menghargai kedua-dua ibu bapa kami, dengan tangan-tangan kami yang sering melukai hati kedua-dua ibu bapa kami.. kami lemah yaAllah, namun kami mohon saat ini, berikanlah kami kesempatan untuk berbuat baik terhadap ibu bapa kami.. yaAllah~

"Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini

(Redha Allah terletak pada redha ibu bapa). Ma baqa-ul-kaunu illa bi hanani-l-abawaini
(Tiada kejadian yang kekal tanpa kasih keduanya). Abul insanu ba'dah Allah aula bil mahabbah
(Lepas Allah keduanya paling utama dicinta). Kullu man yughdhibu illa au aba yughdhibu rabbah
(Memarahi keduanya memarahi Allah jua). Ya Rabbi- ighfir zunuubi waliwaalidayya. Warhamhuma kamaa Robbaya ni shoghiroo. Fa-ahibbu abawaikum lita'isyu su'adak
(Cintailah keduanya agar hidupmu bahgia). Wabzulur ruha fidahum tajidu khairal jazak"
(Pertahan sepenuh jiwa sebaik-baik perkara)

Cuba kita tanya pada diri kita ? Di manakah kedudukan kita sebagai seorang anak? Sudahkah kita pernah membuatkan ibu bapa bahagia kerana kita, meskipun sekali? Benarkah ibu bapa kita tidak pernah terluka kerana kita? Allah.. Allah.. Allah..


“Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Apa yang kita impikan, sedikit demi sedikit dah pun kita kecapi. Mungkin dulu, dalam keadaan keluarga yang serba-serbi kekurangan, ibu bapa tak mampu menyediakan yang terbaik buat kita. Namun percayalah hakikatnya, sedaya upaya ibu dan bapa kita tak ingin melihat kita hidup dalam kesusahan. Tapi, malang sekali tak ramai di antara kita yang mengerti betapa besar pengorbanan seorang ibu.. betapa dalam perjuangan seorang bapa dalam memberikan yang tebaik buat anak-anak..


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Masih ada kesempatan untuk kita, sama2 ye jadi anak yang soleh solehah :).

wallahua'lam

p/s: adakah tajuk entri ni 'relate' ngan isi nya?? Mudah-mudahan mesej yang disampaikan mampu sampai di hati ini terlebih dahulu.. mudah-mudahan hari yang bakal kita lalui menjadi lebih baik daripada sebelumnya.. insyaAllah

1 comment:

amirulmukminin said...

tq adekku 4 remind me ..smoga kte dpt mnjdi anak2 yg soleh & solehah ..:)