assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, June 16, 2010

.:Ku Bisikkan Kerinduan Ini:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
Assalamu'alaikum wrh. wbt..

"Hai orang-orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit"(Al-Muzammil: 1-3)



Sabda Nabi s.a.w: "Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah (mendekatkan diri) kepada Rabb kamu, merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah daripada dosa." (Riwayat At-Tirmizi)

Malam-malam yang dibiarkan berlalu sepi tanpa taqarrub billah..sedangkan inilah antara amalan EKSKLUSIF yang menjadi sirr (rahsia) antara kita dengan Allah..namun bangun untuk menunaikan solat sunat pada tengah malam bukanlah perkara yang mudah, melainkan bagi orang yang telah diberi taufiq dan hidayah..

TAHAJJUD berasal daripada perkataan 'tahajja' yang membawa maksud meninggalkan tempat tidur untuk menunaikan solat. Tiada solat lain yang lebih baik selepas solat lima waktu selain solat TAHAJJUD.

"Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun tahajjud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu, moga-moga Allah mengangkatmu ke tingkat yang terpuji." (Al-Isra': 79)

Sabda Rasulullah s.a.w : 'Solat yang paling utama sesudah solat fardhu adalah solat pada tengah malam'


Apa jua masalah yang merundum jiwa, pastinya Allah tidak pernah jemu mendengarkannya. Atas asbab itu, tengah malam Allah hadirkan khas untuk orang yang mencari keistimewaan disisiNya. Pintalah padaNya dengan sepenuh kerendahan hati.

Namun, ana sendiri tercari-cari apa agaknya formula yang boleh 'meringankan' dan 'merajinkan' diri ana sendiri untuk bangun, di kala kesunyian malam. Entah mengapa terkadang, seawal jam 4 pagi, mata sudah mampu tercelik, tapi..ahh.. ana sendiri memilih untuk terus diulit mimpi, sedar tak sedar terlena hingga subuh.. astaghfirullahal'aazim.. sungguh inilah malam-malam yang sering ter'sia-sia'! Justeru dalam pencarian ini, sedikit sebanyak ada sesuatu yang ingin ana kongsikan dalam usaha menjadikan diri lebih baik.

*****************************************************

TIP Mudahkan Bangun Solat Tahajjud

1. Kurangkan makan makanan berat pada waktu malam.

Sebahagian ulama' berkata; "Hai orang-orang yang mengkehendaki jalan kepada Allah s.w.t, janganlah kamu banyak makan, sehingga minum banyak dan tidur banyak, lalu penyesalan kamu pun banyak."

2. Tidur di awal malam di antara jam 10.00-11.00 malam.

Sekurang-kurangnya kita mempunyai tenaga untuk terjaga lebih awal.

3. Qoilullah (tidur sekejap sebelum waktu zuhur sekitar 10-15 minit).

Imam Syafei pernah terlelap sekejap di antara azan dan iqamah ketika menunggu solat berjemaah.

4. Berusaha untuk berazam dan berniat bangun solat Tahajjud.

Sebelum tidur, berdoalah kepada Allah minta dipermudahkan untuk bangun malam dan berbisiklah kepada malaikat kiri dan kanan supaya mengejutkan kita untuk bangun di tengah malam.

5. Pesan kepada ahli keluarga dan boleh berpakat dengan jiran.

So, satu 'family' dan satu kawasan perumahan dapat beribadat bersama-sama. Saling kejut-mengejutkan :).

6. Elakkan melakukan kerja-kerja berat sebelum tidur.

Untuk 'save energy' untuk beribadat.

7. Elakkan bersukan sebelum tidur.

Ramai di antara kita yang sering melanggar fitrah menyebabkan badan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Kekangan masa bersukan pada siang hari telah bertukar pada waktu malam. Perkara ini akan menyebabkan badan terlalu letih dan sukar bangun tahajjud.

8. Cuba tidur dalam keadaan tidak berselimut.

***yang ini ada siapa-siapa tahu tak kenapa? or ada kajian saintifik yang berkaitan tip ini. mohon kongsi ye.. :)

9. Jauhi dari mencaci nista dan mengumpat.

Pokok pangkalnya hati yang bersih, menjernihkan tingkah laku kita. Impaknya segala niat, perkataan mahupun perbuatan sentiasa terarah ke arah kebaikan.

************************************************

Faktor-Faktor Batin yang MENDORONG BANGUN MALAM

1. Membersihkan hati untuk berbuat baik dengan semua orang Muslim, beristighfar dan memaafkan semua orang.

2. Beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran sebelum tidur.

3. Rasa takut bahawa mati itu datang tiba-tiba dan tidak sempat untuk beribadah lagi.

4. Mengetahui keutamaan solat malam melalui pembacaan dan penerangan dari alim ulama'.

5. Kecintaan kepada Allah s.w.t dan kekuatan iman, yakin bahawa apabila bersolat malam, bererti kita bermunajat kepada Allah Ta'ala, merasakan kehadiranNya sehingga membuatnya terus-menerus bermunajat kepadaNya sepanjang malam.

Nabi s.a.w bersabda: ' Sesungguhnya pada malam hari itu ada masa yang tidak dilalui orang Muslim yang memohon sesuatu kebaikan kepada Allah s.w.t pada masa itu, melainkan DIA memberikan kebaikan itu kepadanya, dan yang demikian itu berlaku setiap malam.' (Riwayat Muslim)

*************************************************************
Sekadar ini perkongsian untuk kali ini, sama-sama buat 'check list' atas diri dalam usaha untuk bangun malam. Ambil masa untuk berubah, KEMUDIAN lakukan perubahan sedikit demi sedikit, insyaAllah~~ sama-sama usaha ye.. chayok2!! :) mudah-mudahan usaha yang tampak kecil ini bakal meng'aqrab'kan diri kita pada pencipta yang SATU.

mohon maaf atas salah dan silap.

wallahua'lam


No comments: