assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, April 08, 2010

.:Salam Imtihan:.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Syukur termasuk kedudukan yang paling tinggi dan lebih tinggi , bahkan jauh lebih tinggi daripada kedudukan redha. Di mana sifat redha ada dalam syukur kerana mustahil syukur ada tanpa redha.”

"Biar sedikit..daripada banyak yang melalaikan.."

Pesan seorang guru: "Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan juga bukan atas usaha semata-mata. Soal utama dan pertama, keberkatan dariNya, bukan hendak menafikan titik peluh kita, tapi kita harus sedar adanya Allah yang mengatur segala..biarpun sejuta ilmu kita dalami tapi ia tidak mempunyai harga atau erti andai tiada keberkatan dariNya kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya..hadirkan dalam hati keinsafan, bahawa hanya ilmu yang menjadi wadah untuk lebih akrab dengan Allah.."

Alhamdulillah atas kesempatan mengecapi ni'mat hidup meski diri penuh dgn kelemahan dan kehinaan. Selautan syukur buat Ilah kerana masih memberikan ruang dan kesempatan untuk sujud disisiNya.. insyaAllah exam bakal menjelang 3 hari lagi, YaAllah, jika dihitung tak kan pernah habis ilmuMu untuk aku teroka dan selami.. mudah2an ilmuMu ini akan menjadi wadah untuk aku lebih aqrab denganMu..ameen InsyaAllah~

Buat sahabat2..
Salam imtihan..selamat berkampung di medan perjuangan..doakan kejayaan bersama ye..moga2 sama berjaya gapai kejayaan dunia dan akhirat..

"Allahummarzuqna Najahan Fil Imtihan..Fiddeen..Fidduniya..Wal AAkhirah..Allahumma Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Qulubuna 'Alaa Deenik..Wa 'Alaa Tho 'Atik.."

Sedikit perkongsian bersama:

Malam sebelum peperiksaan:
  • Mohon maaf pada semua orang dan maafkan semua orang.
  • Jangan lupa mohon restu ibu bapa, guru, pensyarah etc
  • Istighfar 100x+solat taubat+solat hajat+etc
Pagi peperiksaan:
  • Mulakan hari dengan menyebut NAMA ALLAH+SENYUM=)..moga2 pagi itu dihadapi dengan tenang
  • Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan..apepun mulakan dengan BISMILLAH..meskipun nak mengangkat kaki, duduk, memegang pensil, membaca soalan, menulis etc..
  • Jangan lupa doa penerang hati+surah Al-Insyirah+Sural Al-Fath(ayat 1)+Surah An-Nuur(ayat 35)+Doa Seribu Dinar+Ayat Kursi
Sesudah Peperiksaan:
  • ISTIQAMAH dalam meminta dengan Allah (betapa DHAIF nya kita di hadapan Allah dan seluruh pergantungan dan harapan hanya pada Allah Ta'ala)
  • DOA+SOLAT HAJAT
  • AT LAST BUT NOT LEAST..TAWAKAL pada Allah dgn sebenar2nya
"FA IZA 'AZAMTA FA TAWAKKAL 'ALALLAH"

Sekadar ini perkongsian dan ilmu yang ada..mohon tambah atas kekurangan dan mohon perbetul kesilapan..syukran jazilan=)

SALAM IMTIHAN..

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (2:212)

WALLAHUA'LAM~



No comments: