assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, April 07, 2010

.:Kembali..Setelah Sekian Lama:.

Dengan Nama Allah Yang MAHA PEMURAH Lagi MAHA PENYAYANG~
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..atas kudrat Ilahi jualah ana kembali menulis setelah sekian lama menyepi..atas ilham anugerahNya jualah telah membuai jari-jemari ini untuk kembali melakar tinta..meskipun masih banyak cacat dan celanya..mudah2an bermanfaat buat semua, insyaAllah..


"Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna at-talwil, wahdina sirotholmustaqim"

"Maka alangkah baik sekiranya keluarlah daripada setiap golongan daripada kalangan mereka satu kumpulan untuk tafaqquh fi al-din (mendalami persoalan agama) agar mereka memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang kepada mereka." (At-Taubah:122)

Alhamdulillah..bertemu dengan adik a'an, nana dan siti dalam sesi halaqah semalam membuai perasaan ini dengan rasa tenang, alhamdulillah..jiwa gersang kembali terisi..walaupun hanya ber'empat', namun malam tadi terasa begitu bermakna dengan satu perkongsian..alhamdulillah, kesihatan pun semakin baik (^_^)..masa satu jam terasa pantas berlalu..insyaAllah tajuk halaqah kami, TANGGUNGJAWAB + PERANAN MAHASISWA DALAM MEMAHAMI FIQH ISLAM

Sejauh mana kita memahami realiti kehidupan sebagai mahasiswa? Saban hari hanya mengejar sekeping ijazah dan kerjaya? Sejauh manakah kita berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat??

Hakikat yang kita perlu fahami..kejayaan dan kebahagiaan dunia perlulah seiring dengan kejayaan dan kebahagiaan akhirat..bertepatan dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) yang menekankan aspek perkembangan JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelektual+sosial) secara menyeluruh, bersepadu, harmonis dan seimbang..

Dalam kerancakan era teknologi yang pesat, negara yang sedang membangun ini, namun masih ada rata-rata antara kita yang masih lagi cetek dan kurang berpengetahuan dalam bidang agama..sama ada kita sendiri yang kurang kesedaran terhadap tuntutan mencari dan menimba ilmu agama sebagai satu elemen terpenting yang mampu membangkitkan satu keseimbangan dalam diri kita secara menyeluruh..wallahua'lam

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi. Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."(Al-Qasos: 77)

FIQH ISLAM:
Kefahaman mendalam dan teliti dalam perbahasan2 agama yang dipetik dan dirumus daripada AL-QURAN dan AL-HADITH

Menurut Imam As-Syafei: mengetahui praktikal hukum syarak bersumber daripada dalil-dalil yang terperinci iaitu Al-Quran dan As-Sunnah berserta cabang yang lahir daripada kedua-duanya iaitu ijma' dan ijtihad.

KEISTIMEWAAN FIQH ISLAM

Berpandukan wahyu Ilahi

-tidak pernah lari dari berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan berbeza sama sekali dengan perundangan ciptaan manusia

Bersifat syumul (lengkap) merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. Terdapat hukum yang merangkumi
  1. hukum berkaitan ibadah khusus:solat, puasa, zakat, haji
  2. hukum berkaitan muamalat (perhubungan sesama manusia): jual beli, perniagaan, pinjaman
  3. hukum berkaitan masalah keluarga: nikah, talak
  4. hukum berkaitan jenayah: zina, curi
  5. hukum berkaitan persoalan keadilan: hak sesama manusia
  6. hukum berkaitan masalah pemerintahan: pemerintah dan rakyat
  7. hukum berkaitan antara negara: keadaan perang dan damai
  8. hukum berkaitan persoalan akhlak: adab terhadap ibu bapa
Sesuai diamalkan setiap masa dan tempat

Terbahagi kepada dua bahagian:
At-Thawabit: yang tidak boleh berubah sama sekali
  1. Asas-asas aqidah: kewujudan Allah
  2. Asas-asas kebaikan: asas akhlak yang diterima oleh fitrah yang suci; sifat mahmudah
  3. Seluruh asas2 keburukan: zalim, derhaka terhadap ibu bapa
  4. Hukum yang berasal dari nas yang membawa maksud yang kekal hingga hari kiamat: contoh sabda Nabi s.a.w , "Jihad berterusan hingga ke hari kiamat"
  5. Hukum-hukum asas yang qat'ie (dari satu sudut ia satu kewajipan): rukhsoh; solat(jama' qosar), haji (upah haji). puasa (ibu mengandung etc)
Al-Mutaghayyirat: yang boleh berubah pelaksanaannya:
membawa maksud sesuatu yang disyariatkan seperti menutup aurat bagi wanita adalah wajib keseluruhan badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, tetapi pelaksanaannya adalah bergantung pada diri kita, dibolehkan berfesyen dengan gaya, warna yang kita sukai selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Wallahua'lam~

Islam itu indah apabila kita cuba memahami, menghayati, seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian..sama2 kita tafaqquh fiddin..kerana diri yang sentiasa memerlukan revolusi ke arah yang lebih baik..diri yang sentiasa memerlukan pengisian rohani..jiwa yang gersang tanpa tuntunan iman..

Dari Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"ISLAM mula tersebar dalam keadaan kesukaran (asing), dan ia akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing"




1 comment:

Menapak kubur said...

Salam ukhti..
Moga kembali bersemangat untk penulisan ini krn ALLAH..

Di medan ini kite berdakwah..

Moga kita dpt meningktkan keimanan dan ketaqwaan kite kpd DIA..

Dapat x ape y akak citer dkt awk dlm ym hr tu??