assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, February 13, 2010

.:Semalam Yang Pergi (Akhir):.

Pagi itu, seperti biasa aku ke dapur, membantu ummi. Kami tak banyak bicara. Suasana terasa suram. Ummi tampak tenang, sedangkan aku, fikiranku jauh menerawang, aku inigin segera sampai ke hospital hari ini. Aku ingin menemani abang, keadaan abang sejak akhir-akhir ini begitu membimbangkan. Aku takut!

Tepat jam 9 pagi, kami tiba diperkarangan hospital. Langkah aku panjangkan, aku ingin segera melihat abang. Sebaik sahaja aku membuka pintu...

"Allah.." Tak semena-mena air mataku merembes laju. Abang sedang duduk sambil matanya tertumpu pada naskah Al-Quran. satu persatu dapat ku tangkap bacaan abang dengan jelas. Bahagia menyelinap ke tangkai hatiku. Sukar untuk aku gambarkan, detik yang aku lalui beberapa hari ini, melihat abang seolah-olah berperang dalam sakaratulmaut.

Abang mendongak. Senyum abang menggetarkan hatiku. Segera abang kesat airmataku. Abang mula menarik aku untuk duduk disampingnya. Dia berbisik sesuatu ke telingaku. Abang nampak ceria.

"Adik, Abang nak balik.." Abang tergelak kecil.

"Allah..mana boleh.." Aku cuba menyakat abang.

"Abang nak balik, tak mahu datang sini dah!" Kali ini abang tidak lagi berbisik. Abang tertawa. Seronok aku melihat keleteh abang yang nampak manja dan keanak-anakan.

"Abang nak jumpa ummi dengan abah..," Pinta Abang sambil masih tersenyum.

"Kejap lagi ummi abah datang ye.."

Kelibat doktor tiba-tiba mematikan perbualan kami. Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah, keadaan abang kamu dah stabil dan boleh pulang."Doktor itu mula berbicara.

"Haa! Betul ke doktor??" Aku separuh menjerit.

Anggukan doktor membuatkan aku tersenyum lebar.

"Allahuakbar, terima kasih yaAllah.."

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Aku baru sahaja berniat meninggalkan abang untuk ke kafe, tiba-tiba tangan aku dipegang. Kejap. Aku agak tersentak. Lama abang merenungku. Aku tersenyum.

"Haa, abang nak makan apa ni? Adik belikan ye, cakap je, adik nak belanja ni"

Melihat abang lama terdiam, aku berasa tidak sedap hati.

"Abang Syam..Abang kenapa ni? Sakit?" Aku mula cemas.

Tiba-tiba abang senyum. Lega hatiku.

"Oh, nak kena kan adik ye?" Aku terus melangkah tanpa menoleh.

"Adik..abang nak tidur..tak nak temankan abang?" Abang merengek manja. Aku mengeleng sambil tertawa dan meneruskan langkahku.

"Abang sayang adik!" Terdengar suara abang bergetar. Aku menoleh. Aku berhenti seketika.

"Adik tak sayang abang??" Abang menyambung lagi. Aku biarkan soalan itu tak berjawab. Aku tergelak kecil.

'Ada-ada je abang ni..'

Dalam perjalanan ke kafe, aku bertembung dengan ummi dan abah. Ummi dan abah baru tiba dari kedai, membeli barang keperluan untuk abang. Aku berniat untuk ke bilik air sebaik sahaja pulang membeli dari kafe, memandangkan ummi dan abah sudah pun tiba. Sekurang-kurangnya aku tidak bimbang meninggalkan abang sendirian.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Suasana kelam-kabut, aku agak berdebar-debar, melihat abah sedang teresak-esak. Doktor disisi abah juga kelihatan sedang memujuk abah. Aku segera berlari ke arah abah.

"Abah..abah..kenapa ni??"

Abah kian teresak-esak. Abah nampak lemah. Seumur hidupku, aku tidak pernah melihat abah menangis sebegitu. Abah merangkul aku. Erat.

'Allah..perkhabaran apa yang bakal aku terima ini. YaAllah...'

"Abang sedang nazak..". Aku terkesima. Segera aku leraikan pelukan abah. Aku bergegas ke wad abang. Aku lihat ummi sedang berbisik ke telinga abang. Perlahan-lahan bibir abang bergerak. Sejurus kemudian abang tidak lagi bergerak. Aku terjelepuk.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyedari bahawa hari-hari yang anda lewati justeru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Setiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berdikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan keesokan pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahad, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berzeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di pejabat akan dibuang. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.

Singkatnya, “longgokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?

Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting

Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Andaian yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di pejabatnya juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahwa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

Aku menyimpan artikel itu dalam failku. Ingatanku singgah kepada arwah. Tidak semena-mena air mata aku bergenang.

'Adik sayang abang..'

((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))

TAMAT

p/s: buat kekanda dan adindaku, karya ini ditulis dengan air mata. Siapapun mampu menjadi 'Asrar'..Maafkan diri ini, andai adaptasi kisah ini mengingatkan kita pada sebuah kenangan,yang tak mungkin padam biarpun ditelan waktu.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Syamzari Man Sort ( Wan Zawiah)

No comments: