assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, February 13, 2010

.:Salam 'Uthlah:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala Pujian hanya untuk~Nya, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Moga2 hingga saat ini kita masih diberi inayah~Nya, ameen yaAllah~


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ana ke rumah. Bahagianya. Cuti pertengahan sem dah bermula. Ana berkira-kira merangka perjalanan cuti ini sebagai seorang hamba Allah semestinya yang aula dalam aula', sebagai seorang anak, kakak, adik dalam mengisi masa bersama keluarga tercinta, sebagai sahabat untuk sahabat,sebagai dan sebagai.. Tak terhitung jari-jemari ana mengenangkan amanah hidup ini. Namun, inilah lumrah, amanah yang kita ada melebihi masa yang kita ada. Tapi, hakikatnya, 24 jam dalam sehari sudah cukup untuk kita. Aturan Allah adalah yang terbaik. Namun, ana hanya insan biasa, dalam perancangan pasti ada cacat celanya. Mudah2an cuti ini terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat. Moga2 ilmu yang dipelajari dan bakal dipelajari akan terus meresap dalam hati seterusnya tertanam dalam jiwa. Natijahnya akan menjadi wadah untuk kita lebih akrab dengan Allah. InsyaAllah~

Ilmu Yang Manfaat Akan Mengekalkan Pahala
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya(1) kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(2)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Malaikat melindungi penuntut ilmu
Dari Abu ad-Darda` r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
(Tirmizi dan Abu Daud)

Kata-kata ini ana petik daripada blog beberapa orang sahabat..(asif sahabat-sahabatku, ana copy di sini..). Mudah2n ulang tayang ini menjadi tatapan juga tazkiratunnafs bersama.

Biarlah cuti itu diisi dengan sebaiknya. Hakikatnya, tidak ada istilah cuti untuk seorang penuntut ilmu apatah lagi kepada sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi penuntut ilmu sehingga nafas yang terakhir. Setiap masa yang ada perlu diisi dengan sesuatu yang akan menambah ilmu dengan harapan ilmu yang ada memimpin ke arah cahaya hidayah dari Allah Taala.Hidupkan cuti ini dengan ilmu. Berusahalah untuk menambahkan ilmu dan kefahaman yang sedia ada.Lisan ini perlu dilembutkan dan dibasahkan dengan lebih banyak mengingatiNya. Al-Quran yang dihafal perlu sangat untuk dimuraja’ah. Lupa tanpa sebab itu dosa. Kata Habib Husain; bila lidah biasa berzikir, mudahlah untuk lidah itu digerakkan untuk membaca Kalamullah. Bila hati bersih, jiwa tidak akan terasa jemu apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran. Begitulah telinga perlu dibiasakan mendengar perkara-perkara yang boleh membawa kita mengingati Allah Taala. Elakkan dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan. Jaga pandangan dari melihat perkara yang diharamkan. Lambakan koleksi drama bersiri dan filem hari ini menyebabkan masing-masing mabuk dan ketagih dengannya.

Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknyaDari Abu Musa Al-Asy`ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya."
(Bukhari, Muslim dan Nas`ie)

Buat sahabat2 kampus, selamat bercuti ye. Same kita manfaatkan sebaiknya. Mudah2an Allah sentiasa mengikat hati kita untuk terus akur akan sunnatullah dalam berjuang. Hingga ke akhirnya, moga2 kita terus thabat~insyaAllah.

Mohon maaf atas kekhilafan dalam entry kali ini. Wallahua'lam


No comments: