assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, July 08, 2012

.: Anugerah Terindah :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt :)

Alhamdulillah wa syukrulillah.. Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi muhammad.. terasa lama tak menjengah ke blog :) alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menge'post' entry kali ini..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
Inilah anugerah terindah buat kami :) insyaAllah~ terasa pantas masa berlalu meninggalkan kenangan2 lalu, saat2 mengandungkan 38minggu 6 hari, saat-saat bertarung nyawa melahirkannya. Detik 1.47 pagi, 21 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433, lahirlah seorang puteri dengan berat 2.9kg. Alhamdulillah secara normal :) 


20 Mei 2012
Jam 10 pagi terasa sakit2 di sekitar perut.. namun terasa masih boleh bertahan.
Jam 4 lebih petang, tanda-tanda sakit semakin kuat, namun masih boleh bertahan, dan mak pesan untuk berehat-rehat, mandi, makan. 
Jam 10 malam, dah tak senang duduk, saya berjalan mundar-mandir. Sukar untuk ditafsir rasa sakit itu, tapi masih boleh bertahan :)
Jam hampir 11 malam air ketuban pecah, waktu ini, suami saya bergegas bawa ke hospital. Family pun ikut sama tetap dengan kenderaan yang berasingan. Sampai sahaja di sana, ditempatkan di bilik pemeriksaan. Waktu itu bukaan baru 2cm. 3cm.. 4cm.. 5cm... waktu itu saya tidak sedar jam berapa. Waktu bukaan 5cm, saya dibawa ke Labour Room ditemani suami, manakala family diminta pulang kerana tidak dibenarkan menunggu di situ. Waktu itu tak dapat digambarkan perasaan.. takut.. cemas.. sebak.. semua bercampur baur. Sakit pula semakin kuat. Sebaik sahaja tiba di LR, kesakitan berada di tahap kemuncak, bukaan 7cm..dan terus ke 10cm.. masa terasa pantas berlalu.. suami di sisi tidak henti-henti cuba memberikan kata semangat.. dengan zikir dan selawat yang berselang seli ke telinga saya.. sedar tak sedar saya mendengar tangisan bayi! Sejurus kemudian, bayi diletakkan di atas dada.. Allah.. suatu perasaan aneh tiba-tiba menyelinap.. rasa sakit bertukar ganti dengan nikmat yang membahagiakan melihat wajah bayi, terkedip-kedip matanya :)

21 Mei 2012
Alhamdulillah.. syukur diberi peluang melalui pengalaman yang sangat berharga ini.. terasa pagi itu sangat panjang untuk menunggu matahari terbit, menatap dan terus menatap wajah si kecil itu.. tenang dan membahagiakan.. Seingat saya, jam 10 pagi baru saya terlena keletihan.

************************************
Diari ini... akan terus tersemat di ingatan. Apa yang pasti pengalaman ini membawa pengertian buat diri, teringat akan ma.. mok.. beginilah rupanya sakit melahirkan buat seorang ibu :) bila ditanya serik tak ? sakit tak ? Hanya mampu tersenyum. Walau bagaimanapun, setiap ibu melalui pengalaman yang berbeza-beza kan ? Semuanya dah tertulis, dan atas rezeki daripadaNya. Apa yang pasti, SAKIT ITU NIKMAT. Wallahua'lam.

P/s : Mohon doa semuanya, moga-moga permata hati kami ini, ANIS SOLEHAH BT ZAILANI menjadi insan solehah seiring namanya, aminn insyaAllah :) 

No comments: