assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, August 27, 2011

.: Kembali Kepada Fitrah :.

Hakikat Kemenangan : Sudahkah kita kembali kepada fitrah kejadian ?

Assalamu'alaikum wrh. wbt..
~Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar~


Pejam celik, pejam celik.. 2 hari lagi ramadhan bakal meninggalkan kita.. terlintas di benak fikiran, adakah tarbiyyah disepanjang madrasah ramadhan telah menjadikan kita insan yang suci bersih ?? Lalu adakah kita sudah mampu dilabel sebagai 'kembali kepada fitrah, yakni asal kejadian kita' umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, suci daripada dosa dan noda ? Kita koreksi diri, sama2 muhasabah diri kembali..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama, kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua, kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah."

Ramadhan Al-Mubarak adalah madrasah ruhiyyah yang amat serasi untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Fokus tarbiyyah bukan sahaja tertumpu kepada aspek lahiriah (zahir) malahan kawalan ruh dan hati (batin). Kekuatan ruhiyyah inilah yang akan menghidupkan jasad lahiriyyah. Sekiranya kitalah antara golongan yang berjaya terdidik hati dan jiwanya, maka kitalah jua golongan yang berjaya kembali kepada asal fitrah kejadian.

Allahu Rabbi.. menyesali sesuatu yang lepas adalah sia-sia. Namun, mengambil iktibar daripada kesilapan lalu adalah lebih baik, seterusnya bersungguh-sungguh dalam usaha menyucikan diri. Sesungguhnya tangisan airmata taubat itu lebih berharga, yakini bahawa Allah Maha Pengampun~ 2 hari yang berbaki ini, ayuh.. sama2 terus berdoa memohon keampunan Allah Ta'ala dan memantapkan amalan-amalan ruhani.. moga-moga ada nilainya disisi Allah Ta'ala yang lebih mengetahui.. Allahuakbar~


Salam akhir Ramadhan.. saudara/i ku sekalian, perginya ramadhan kali ini, membawa kita merenung sejenak, adakah masih berpeluang untukku kita meraih ramadhan tahun hadapan. Tepuk dada, tanya iman ^_^ Wallahua'lam~

p/s : Selamat menyambut 'Eidul Fitri buat saudara/i semuslim, mohon maaf atas khilaf diri dalam sengaja mahu pun tidak. Sama2 mendoakan sesama muslim. 2 hari berturut-turut mendapat berita kemalangan saudara terdekat.. Allahu Akbar, bergetar rasa hati.. Allah jualah sebaik-baik pemelihara, moga2 semuanya dalam lindungan Allah.. hati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. sama2 perbetul niat, mohon pada Allah, moga2 perjalanan bertemu sanak-saudara menjadi satu ibadah di sisiNya.. insyaAllah.

Wassalam

No comments: