assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, April 16, 2011

.: Fatrah Imtihan :.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
Assalamu'alaikum wrh. wbt..



Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah hampir 14 minggu berkuliah di semester 4, insyaAllah, two years to go.. Alhamdulillah, semangat makin berkobar-kobar! Refleksi diri, semakin bertambah tahun pengajian, semakin banyak rupanya yang masih tak diketahui.. subhanallah, Maha Luas ilmuNya.. mudah-mudahan masih diberi peluang dan kesempatan untuk meneroka dan mencari ilmu..


Hari ini permulaan hari berganjak ke fatrah imtihan (mode : exam).. untuk menilai kembali apa yang telah dipelajari, mudah-mudahan yang baik menjadi bekalan masa depan dan wadah untuk bertemu denganNya kelak.. aminn, insyaAllah.. Buat sahabat-sahabat se-upsi, sahabat-sahabat di ukm yang dah pon bertempur, buat yang bakal bertempur : upm, usim, uitm, umt, usm, ums, unimas.. dan lain2.. moga2 kita sama-sama berjaya menggapai redha Allah dalam menuntut ilmu.. 'berjaya di dunia untuk berjaya di akhirat'.. insyaAllah :) BittaufiQ wannajah~


"Rabbana Yassir Wala Tu'assir"


p/s : Doakan saye juge ye :)

16/4 : General English
18/4 : Perakaunan Awalan
21/4 : Membaca dan Bercerita Bahasa Melayu
22/4 : Bimbingan Tingkah Laku Kanak-Kanak
29/4 : Kemahiran Pengurusan Sumber Manusia
30/4 : Pengurusan Pembelajaran

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

~wallahua'lam~

selamat beramal :)

No comments: