assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 16, 2011

.:Katak Yang Lapar:.

Bismillahil 'Azimm~ awal kalam..

Entah kenapa jari-jemari ni nak menulis coretan, berkongsi tentang pengalaman kumpulan kami membentangkan teknik bercerita kanak-kanak 3-4 tahun.. erm, mungkin ini satu pengalaman baru buat kami.. suatu pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik untuk kanak-kanak.. secara keseluruhannya, ada beberapa komen yang pensyarah berikan.. komen lebih kepada prop (bahan2) kami yang separuh siap (keje last minute..huhu).. insyaAllah, bakal diperbaiki.. erm.. alkisah~


~Assalamu'alaikum adik-adik~ adik2 sihat ?
Siapa nak dengar cerita cikgu hari ini.. angkat tangan .. erm.. tajuk cerita kita hari ini 'KATAK YANG LAPAR'.. haa, apa tajuk cerita kita hari ini ? =)

Di sebuah kampung, ada seekor katak yang sangat lapar (sambil menggosok-gosok perut). Katak melompat-lompat untuk mencari makanan. Katak melompat sambil menyanyi.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si beluncas sedang makan di atas daun.


" Beluncas.. beluncas.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
" Boleh.. tapi aku makan DAUN.."
"Erm.. takpelah.."

Katak meneruskan perjalanan.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si tupai sedang makan di atas pokok.


"Tupai.. tupai.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
" Boleh.. tapi aku makan BUAH"
"Erm.. takpelah.."

Katak meneruskan perjalanannya lagi.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si bangau sedang makan di tepi tasik.


"Bangau.. bangau.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
"Boleh.. tapi aku makan IKAN"
"Erm.. takpelah.."

Katak terus melompat.

Lagu :"Lompat.. lompat.. lompat katak lompat"

Katak terjumpa si cicak sedang makan di tepi semak.

"Cicak.. cicak.. aku lapar, boleh kita kongsi makanan ?"
"Boleh.. tapi aku makan SERANGGA"
"Eh.. itu makanan aku.. itu makanan aku.." . Katak menyanyi dengan gembira.

"Mari kita kongsi bersama-sama" Kata cicak.

Akhirnya, katak dapat makan. Kata pulang dengan gembira.

* Nilai dalam penceritaan
1. Berusaha sehingga berjaya (katak berusaha mencari makanan)
2. Baik hati : Perkongsian (cicak berkongsi makanan dengan katak)

*Aktiviti selingan
1. Mengira binatang
2. Sebutkan nama binatang
3. Menyanyi bersama (Lompat.. lompat.. lompat katak lompat)..
4. Makan apa ? Apa yang dimakan oleh binatang2 ?
5. Bagaimana katak melompat ?

Dalam teknik penceritaan ini, kami cuba memasukkan elemen yang menghubungkan emosi (gembira), kognitif (ramalan terhadap apa yang akan berlaku dalam penceritaan), fizikal (melompat seperti katak), spiritual (nilai) dan sosial (interaksi dalam kelas). Kami juga menggunakan kaedah pengulangan skrip. Kanak-kanak pada usia 3-4 tahun, masih berada di tahap awal dalam perkembangan bahasanya. Apabila sesuatu frasa diulang-ulang, kanak-kanak lebih mudah mengingat sekaligus menambah kosa kata dalam penggunaan bahasa.

Suatu pengalaman yang menarik untuk semester ini =) sekadar berkongsi..
wallahua'lam.

No comments: