assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, November 30, 2009

.:Perkara Ghaib:.

Salam'alaik~sekadar perkongsian..

Allah s.w.t. berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

Maksudnya: (Orang-orang yang bertaqwa adalah) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib… (Surah Al-Baqarah: 3)

Imam As-Syirbini berkata dalam menjelaskan ayat tersebut dalam tafsir As-Siraj Al-Munir:

يصدّقون بما غاب عنهم من البعث والجزاء والجنة والنار والصراط والميزان

Maksudnya: (Orang yang beriman dengan yang ghaib) iaitu: mereka yang membenarkan apa yang ghaib (tidak kelihatan dengan pancaindera) daripada mereka daripada perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, syurga, neraka, as-sirath (jambatan) dan timbangan amal.

Yang dimaksudkan dengan الغيب adalah, apa yang tidak didapati daripada pancaindera. Imam Al-Khazin berkata:

الغائب غيب وهو ما كان مغيباً عن العيون

Maksudnya: Sesuatu yang ghaib adalah, apa yang ghaib daripada pandangan mata.

Saidina Ibn Abbas r.a. berkata:

الغيب هنا كل ما أمرت بالإيمان به مما غاب عن بصرك من الملائكة والبعث والجنة والنار والصراط والميزان

Al-Ghaib dalam ayat ini adalah: setiap yang diperintahkan ke atas kamu untuk beriman dengannya, tentang perkara-perkara yang ghaib daripada pandangan mata kamu, iaitu daripada malaikat, hari kebangkitan, syurga, neraka, as-shirat (jambatan) dan timbangan.

Sebahagian ulama' mentafsirkan Al-Ghaib dengan maksud Allah s.w.t..

Sebahagian ulama' mentafsirkan Al-Ghaib sebagai wahyu, sebahagian lain pula mentafsirkannya sebagai Al-Qur'an dan sebagainya.

Imam As-Syafi'e menjelaskan bahawasanya: "akal itu mempunyai batasannya sebagaimana penglihatan juga punya batasannya tersendiri".

Wallahu a'lam...

No comments: