Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang
Salam'alaik :)
Saat ini, ingatan singgah kepada insan-insan itu.. RINDU..
namun, hakikat dalam rindu itu adanya sebuah pengorbanan.. mungkin pada mata
insan, tiada makna.. namun bagi yang sedang melaluinya.. kadangkala terasa
lelah.. suatu perasaan yang sukar diungkap.. berperang dengan perasaan
sendiri.. dalam hati Allah yang lebih tahu dan memahami.. benarlah penantian
itu satu penyeksaan.. namun, mengapa perlu kita nantikan detik itu berlalu..
cuba untuk belajar menghargai detik-detik itu dalam erti pengorbanan.. yakini
bahawa kemanisan itu akan kunjung tiba jua SATU SAAT nanti.. in Shaa Allah~
Bila di tanya persoalan demi persoalan.. sebenarnya kita
tidak punyai banyak jawapan atas apa yang kita pilih.. kerana apa yang kita
rancang belum tentu tertulis untuk kita.. hingga kita sendiri belum menemukan
jawapannya.. hinggalah sampai satu saat itu.. seharusnya REDHA dan HUSNU ZHON
:)
moga-moga Allah pilih kita semua untuk menjadi hambaNya yang
lebih dekat denganNya..
aminn
wassalam :)