assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, January 05, 2017

~ LEMBARAN 2017 ~

Assalamu'alaikum semua ~! :)

Alhamdulillah, 2017 dah pun melangkah ke hari ke-5 ^_^ SELAMAT TAHUN BARU!!
Ramai di antara kita yang bercakap tentang azam tahun baru kan?
Bagi saya, azam baru saya masih sama seperti tahun lalu, cuma perlu diperbaiki dan diperkemas, inShaaAllah :) Apa dia azam saya itu, biarlah RAHSIA ;) hee.


Tahun 2017 ini, amanah dan tanggungjawab juga makin bertambah, semoga Allah permudahkan urusan, inShaaAllah :)


Jom sama-sama merangka perancangan yang lebih baik untuk tahun ini, semoga apa yang kita rancang dan usahakan menemukan titik kejayaan, kebahagiaan dan keberhasilan yang kita cita-citakan, aminnn :)

#MuhasabahDiri
#KoreksiDiri

Wassalam

Wednesday, January 04, 2017

~ Sekali guna je terus jatuh cinta!! ~

Bismillahirrahmanirrahim 💕💕💕
Untuk entry kali ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat saya produk yang tidak asing lagi, iaitu Minyak Herba Asmak, satu-satunya produk terbaik sebagai penawar asma pada bayi, yang dikeluarkan eksklusif oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAM Sdn. Bhd.)


Alhamdulillah, sejak mengenali dan bertemu dengan Minyak Herba Asmak, segala-galanya berubah, ia menjadi satu ikhtiar WAJIB yang saya lakukan untuk merawat masalah lelah dan kembung perut yang sering dialami oleh anak saya. Ikhtiar secara ubat-ubatan perlahan-lahan saya tinggalkan demi mengutamakan perubatan secara semualajadi yang lebih baik, murah dan mujarab! inShaaAllah ^_^ Tidak sama sekali saya menolak terus perubatan moden doktor, sesekali saya cuba dapatkan saranan doktor dan doktor sendiri tidak menidakkan khasiat yang ada pada Minyak Herba Asmak ini. Dengan izin Allah juga, anak-anak tak lagi mudah demam, lelah mahupun kembung perut. Segala-galanya tetap memerlukan doa dan pergantungan daripada Allah Ta'ala.


Sebagai seorang ibu yang juga merupakan surirumah sepenuh masa, sering menjadi kerisauan apabila anak tidak sihat! Setiap masa setiap ketika, anak perlu dipantau, diberi ubat mengikut masa, dan lebih melelahkan apabila terpaksa menjaga anak yang ditahan di wad. Masa banyak dihabiskan disitu menjadikan 24 jam saya tanpa rehat! Hakikatnya, Itulah realiti menjadi seorang ibu. Bukan sekadar kekuatan fizikal, malahan kekuatan mental dan rohani juga perlu dipersiapkan untuk melayani ragam anak yang tidak sihat.
Sekiranya mempunyai simptom selesema mahupun batuk saya segera menyapu pada bahagian dada, dan belakang sekerap mungkin, dan alhamdulillah selesema dan batuk tidak berlarutan! Saya mula meyakini kebaikan produk ini, dan mula menghebahkan pada ahli keluarga terdekat untuk mencubanya! Tak rugi rasa membuat sedikit pelaburan untuk kesihatan optimum buat satu keluarga, kan? Buat pengetahuan semua, Minyak Herba Asmak ini bukan sekadar untuk golongan kecil sahaja tau, sesiapa sahaja pun tanpa mengira usia dan jantina boleh menggunakannya untuk penyelesaian pelbagai penyakit, Bi Iznillah :)

Kalau ditanya berapa bintang boleh saya berikan, pastinya 5/5 tau. Sungguh, bukan sekadar omongan kosong, tapi kerana saya dan keluarga sendiri dah pun menggunakannya, dan nyata ia memberi kesan yang positif lagi memberangsangkan! ;) Masih tak percaya, jom sama-sama lihat testimoni di bawah ^_~







Jom ambil langkah bijak, dengan membuat pilihan yang tepat! :)
Haa, APA KATA ANDA? Agak-agak teringin tak nak cuba?


Solusinya, DUIT !

D → DOA
U → USAHA
I → IKHTIAR
T → TAWAKKAL

"… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sampai mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…". ( QS. Ar-Ra’du : 11 )

“Dan barangsiapa berusaha, maka sesungguhnya usahanya itu untuk dirinya sendiri.” (Al-Ankabut 6)

“Bukankah Dia (Allah) yang Mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan Menghilangkan kesusahan.” (An-Naml 62)

Nanti kejappp! Hee. Sebelum tuuu, Jom VIEW video ni sekejap ;)

#PS Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah
atau hubung terus :


Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website Rasmi Syarikat : https://mham.com.my/
Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my
FB Page :
1. Penawar Asma Mujarab : https://www.facebook.com/penawarasma/https://www.facebook.com/penawarasma/

Ok, sekian untuk kali ini.
Jumpa lagi okehh :)
Wassalam


 



Wednesday, November 13, 2013

.: Disebalik Erti Pengorbanan :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Salam'alaik :)

Saat ini, ingatan singgah kepada insan-insan itu.. RINDU.. namun, hakikat dalam rindu itu adanya sebuah pengorbanan.. mungkin pada mata insan, tiada makna.. namun bagi yang sedang melaluinya.. kadangkala terasa lelah.. suatu perasaan yang sukar diungkap.. berperang dengan perasaan sendiri.. dalam hati Allah yang lebih tahu dan memahami.. benarlah penantian itu satu penyeksaan.. namun, mengapa perlu kita nantikan detik itu berlalu.. cuba untuk belajar menghargai detik-detik itu dalam erti pengorbanan.. yakini bahawa kemanisan itu akan kunjung tiba jua SATU SAAT nanti.. in Shaa Allah~



Bila di tanya persoalan demi persoalan.. sebenarnya kita tidak punyai banyak jawapan atas apa yang kita pilih.. kerana apa yang kita rancang belum tentu tertulis untuk kita.. hingga kita sendiri belum menemukan jawapannya.. hinggalah sampai satu saat itu.. seharusnya REDHA dan HUSNU ZHON :)

moga-moga Allah pilih kita semua untuk menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya..
aminn


wassalam :)

.: Hari 'Asyura :) :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah wa syukrulillah.. masih berpeluang menjengah ke sini.. masih diberi peluang berada di muka bumi Allah.. moga-moga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Ilahi, aminnn inShaaAllah..

Alhamdulillah juga.. kita berkesempatan sampai kepada tahun baru hijrah 1435H.. 
AHLAN WA SAHLAN YA MUHARAM! 
Muhasabah disebalik apa yang telah berlalu dan berlaku, mudah-mudahan menjadi ibrah untuk kita semua dalam lembaran baru ini.. 

Taqqabbalallahu minna wa minkum!

Siapa2 yang berkesempatan moh la kite ye.... 



Allahu Ta'ala A'lam :)


Wednesday, July 18, 2012

.: Ramadhan 1433 ! :.

Dengan Nama Allah Yang Maha PEMURAH Lagi Maha PENYAYANG :)

Assalamu'alaikum wrh. wbt. semua!
Mudah-mudahan kita semua dalam keadaan baik-baik saja, sentiasa dalam lindungan Allah Ta'ala, aminn insyaAllah. Allah... sedar tak sedar kita bakal melangkah ke fatrah ramadhan Al-Mubarak, mudah-mudahan masih diberi peluang dan kesempatan untuk sampai dan menikmati ramadhan 1433 dengan penuh keimanan dan kesabaran, insyaAllah! :)


اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان


"Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan SYA'ABAN dan sampaikanlah kami di bulan RAMADHAN"

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 2 : 183) 


"Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan, dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu." (Riwayat Bukhari)


wallahua'lam

wassalam :)

.: Hikmah Sakit :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam'alaik :)

~ Hikmah Orang yang Sakit ~

Kalau anda sakit, tak perlu terlalu bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda.

Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Allah SWT mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya:

Hadits Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah SWT memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.


Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4 , Allah SWT TIDAK memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah SWT seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?"

Allah menjawab : "Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut."

Dengan ini , maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa.
Sabda Rasulullah SAW : "Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun."

SUMBER : Oase Spiritual 2 Hikmah dalam Ujaran dan Kisah (Disadur dari Kitab Klasik Al Mawa'izh al Ushfuriah).

Wallahua'lam :)


Sunday, July 08, 2012

.: Unexpected :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam'alaik :)

Result keluar semalam :) Alhamdulillah wa syukrulillah~ berkat doa suami, ma abah, mok aboh, adik beradik, adik beradik ipar, kaum keluarga, pensyarah-pensyarah, guru-guru, sahabat-sahabat.. dan yang paling pasti berkat rahmat daripada Allah Ta'ala yang pertama dan selamanya untuk hambaNya yang dhoif lagi hina ini ^_^ Allah.. Allah...

Malam sebelum meng'check' result, entah kenapa perasaan SERAM menyelubungi, hingga terbawa-bawa dalam mimpi.. huhu.. mimpi result jatuh menjunam. Pagi itu cuba memujuk diri, tenang... insyaAllah apa sekalipun yang dikurniakan itu yang terbaik, setimpal dengan usaha.. Alhamdulillah, UNEXPECTED! Rezeki Allah untuk hambaNya.. besar hikmahNya tanpa kita sedari..

"Maka, nikmat Tuhanmu yang mana lagi(kah) yang (akan) kamu dustakan ?" (Surah Ar-Rahman)

Merenung kembali, sepanjang hidup ini, betapa banyak nikmat dan kasih sayang yang telah DIA berikan kepada ku, tapi jarang sekali ku bersyukur.. kerana keterlalaian.. Allah.. Astaghfirullahal'azimm.. Sama-samalah sahabat kita bermuhasabah diri, sejauh mana kita menjadi hambaNya yang bersyukur ? 

Allahu Ta'ala A'lam~

.: Anugerah Terindah :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt :)

Alhamdulillah wa syukrulillah.. Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi muhammad.. terasa lama tak menjengah ke blog :) alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menge'post' entry kali ini..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
Inilah anugerah terindah buat kami :) insyaAllah~ terasa pantas masa berlalu meninggalkan kenangan2 lalu, saat2 mengandungkan 38minggu 6 hari, saat-saat bertarung nyawa melahirkannya. Detik 1.47 pagi, 21 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433, lahirlah seorang puteri dengan berat 2.9kg. Alhamdulillah secara normal :) 


20 Mei 2012
Jam 10 pagi terasa sakit2 di sekitar perut.. namun terasa masih boleh bertahan.
Jam 4 lebih petang, tanda-tanda sakit semakin kuat, namun masih boleh bertahan, dan mak pesan untuk berehat-rehat, mandi, makan. 
Jam 10 malam, dah tak senang duduk, saya berjalan mundar-mandir. Sukar untuk ditafsir rasa sakit itu, tapi masih boleh bertahan :)
Jam hampir 11 malam air ketuban pecah, waktu ini, suami saya bergegas bawa ke hospital. Family pun ikut sama tetap dengan kenderaan yang berasingan. Sampai sahaja di sana, ditempatkan di bilik pemeriksaan. Waktu itu bukaan baru 2cm. 3cm.. 4cm.. 5cm... waktu itu saya tidak sedar jam berapa. Waktu bukaan 5cm, saya dibawa ke Labour Room ditemani suami, manakala family diminta pulang kerana tidak dibenarkan menunggu di situ. Waktu itu tak dapat digambarkan perasaan.. takut.. cemas.. sebak.. semua bercampur baur. Sakit pula semakin kuat. Sebaik sahaja tiba di LR, kesakitan berada di tahap kemuncak, bukaan 7cm..dan terus ke 10cm.. masa terasa pantas berlalu.. suami di sisi tidak henti-henti cuba memberikan kata semangat.. dengan zikir dan selawat yang berselang seli ke telinga saya.. sedar tak sedar saya mendengar tangisan bayi! Sejurus kemudian, bayi diletakkan di atas dada.. Allah.. suatu perasaan aneh tiba-tiba menyelinap.. rasa sakit bertukar ganti dengan nikmat yang membahagiakan melihat wajah bayi, terkedip-kedip matanya :)

21 Mei 2012
Alhamdulillah.. syukur diberi peluang melalui pengalaman yang sangat berharga ini.. terasa pagi itu sangat panjang untuk menunggu matahari terbit, menatap dan terus menatap wajah si kecil itu.. tenang dan membahagiakan.. Seingat saya, jam 10 pagi baru saya terlena keletihan.

************************************
Diari ini... akan terus tersemat di ingatan. Apa yang pasti pengalaman ini membawa pengertian buat diri, teringat akan ma.. mok.. beginilah rupanya sakit melahirkan buat seorang ibu :) bila ditanya serik tak ? sakit tak ? Hanya mampu tersenyum. Walau bagaimanapun, setiap ibu melalui pengalaman yang berbeza-beza kan ? Semuanya dah tertulis, dan atas rezeki daripadaNya. Apa yang pasti, SAKIT ITU NIKMAT. Wallahua'lam.

P/s : Mohon doa semuanya, moga-moga permata hati kami ini, ANIS SOLEHAH BT ZAILANI menjadi insan solehah seiring namanya, aminn insyaAllah :) 

Wednesday, May 09, 2012

.: Sakit itu TARBIYYAH :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.

Sakit itu Penghapus dosa..
 Sakit itu Penawar jiwa..
 Sakit itu Tanda Kasih Sayang dari yang Esa..
Sakit itu Ubat untuk kita menghargai masa Sihat..

"Tidaklah seorang muslim tertimpa SUATU PENYAKIT dan sejenisnya melainkan Allah akan MENGGUGURKAN bersamanya DOSA-DOSANYA seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(HR Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya Allah menjadikan PENYAKIT DAN PENAWAR itu BERPASANGAN..
kesihatan itu adalah NIKMAT dan kesakitan itu adalah UJIAN, maka..
BERINGATLAH selagi kita sihat dan BERSABARLAH saat kita sakit.

wallahua'lam

P/s : Credit to kak syidah yang sedang berjuang untuk melahirkan seorang mujahid/ah, mendapat kiriman sms daripadanya semalam, hati turut sama bergetar, moga2 Allah berikan yang terbaik dan permudahkan segala urusan akak, dan kita semua :) aminn insyaAllah.

Wassalam :)

Saturday, May 05, 2012

.: Pemudahkanlah yaAllah :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.

YaAllah.. hati rasa bergetar.. hari-hari yang dilalui terasa penuh dengan tanda tanya.. adakah ada kejutan yang bakal diterima ? Wallahua'lam ^_^

Allahumma Yassir Wala Tu'assir..

Moga-moga, apabila tiba saat itu akan dihadapi dengan tenang dan berlapang dada.. Allah ada bersama..  pada sangkaan kita, kita tak mampu pun untuk melaluinya, walhal apa yang dah ditetapkan oleh Allah adalah atas kemampuan kita, wallahu Ta'ala A'lam ^_^ 

pesan seorang ibu.. perlu kuat semangat, letakkan keyakinan yang sebenar-benarnya pada Allah.. ingat, ramai dah dan mampu melaluinya, kenapa kita tidak ? Yang penting, sentiasa ingat pada Allah dan mohon padaNya.. sebab pada DIA lah sebaik-baik tempat pergantungan..

InsyaAllah.....

mohon doa semuanya.. ampun maaf dari hati, moga2 sampai jua ke hati pemaaf sekalian.. jazakumullahu khairan..

~Wassalam~

Monday, April 02, 2012

.: Waiting :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.

Salam perjuangan buat semua ! Alhamdulillah wa syukrulillah atas nikmat hidup, sihat, sakit, lapang, sempit, kegembiraan, kesedihan.. lantaran semua itu datang daripadaNya, insyaAllah pasti ada hikmah tersurat dan tersirat.. :) be positive!

Dan ingatlah tatkala, Tuhanmu berjanji kepadamu : "Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu" (Surah Ibrahim : 7)

Alhamdulillah juga, saat ini sedang menantikan kehadiran seorang insan yang merupakan anugerah daripadaNya, melengkapi sebuah kehidupan berumah tangga, dan dia kini sedang meniti kehidupannnya di alam rahim.. Allah.. nikmatnya setiap detik merasakan gerakan insan kecil ini.. satu perasaan yang sukar digambarkan.. hebatnya kuasa Allah atas setiap ciptaanNya!

Namun.. hakikat yang perlu diakui, anak ini pinjaman Allah, tatkala tiba masanya, diri perlu redha mengembalikan pinjaman ini kepada yang lebih berhak yakni Allah! Ya, sedang berusaha meletakkan diri ditempat dan situasi itu! Anak juga bukanlah sesuatu yang hendak di bangga-banggakan, TETAPI anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t dan ianya sebahagian dari ujian Allah s.w.t kepada kita hamba-hambaNya, silap dalam mendidiknya, tidak tertunai haknya sebagai seorang anak, maka ibu bapanya kelak lah yang akan dipertanggungjawabkan.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan disisi Allah ada pahala yang besar." (Surah At-Taghabun : 15)

Mohon doa semuanya, kami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh/ah, yang kelak menjadi penyejuk mata, doakan juga urusan kita semua dipermudahkanNYA, insyaAllah :)

wallahua'lam, wassalam :)

.: Next Step ? :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.


Alhamdulillah berkesempatan menjengah dan mencoret jejak di sini, kebelakangan agak sibuk MENIKMATI kesibukan semester 6, Allahu Akbar.. pantasnya masa berlalu, sudah melewati minggu ke7 rupanya! mudah-mudahan dalam kesibukan ini, masih ada ruang untuk kita sentiasa meletakkan DIA sebagai yang UTAMA DAN PERTAMA, insyaAllah!


Satu persatu kenangan semester-semester lalu menjengah ruang minda.. daripada semester satu hingga lima, ada sahaja pengalaman baru yang ditimba.. manis pahit, semuanya bersatu dalam tulisan taqdirNya yang lalu... bukan saya mengeluh, tapi hakikatnya itu lah makna kehidupan yang dah pun saya lalui, daripada situ saya belajar erti kedewasaan, meskipun pernah merasakan kelelahan, kesakitan, saat kejatuhan, kesedihan, namun, mungkin disitulah jiwa akan lebih kental untuk menghadapi masa datang, apa yang pasti masa datang menjanjikan lebih hebat cabarannya! Wallahua'lam~

“Katakanlah: ‘Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa.’!” (An-Nisa’ : 77)


Semoga apa yang dah dilalui membuahkan 'fikir jadi zikir', bukan senang untuk senang, segalanya memerlukan usaha, pengorbanan.. dan yang paling utama, kebergantungan kepada Allah Ta'ala dalam doa dan tawakkal! wallahua'lam

wassalam :)

p/s : sedang memikirkan sesi praktikum yang bakal tiba, Allah.. tapi Ilmu di dada ? belum cukup bersedia secara fizikal dan mental.. namun, masa terus berlaku, apa yang PENTING ??memerlukan koreksi diri, perlu lakukan anjakan paradigma, insyaAllah.. teringat pesan seorang pensyarah, Pn. Shimah, CUBA dulu..... insyaAllah!

Sunday, February 26, 2012

.: Semester 6 :) :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt..

Alhamdulillah wa syukrulillah.. telah berlalu minggu pertama di semester 6 :) namun, 'bahang'nya sudah mulai terasa.. rata2 senior menyifatkan semester 6 ni sebagai 'busy zone'.. so, tak boleh main2 dah, tak boleh tangguh2 dah, ibaratnye 'MASA ITU EMAS', perlu senantiasa dimanfaatkan dengan sebaiknya.. insyaAllah~

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. (Al-Asr : 1-3)

Cabaran dan dugaan di setiap semester pastinya ada, cumanya, bagaimana kita mempersiapkan diri untuk sedia menghadapinya.. benarlah, 'bukan senang untuk senang'.. perlunya ada PENGORBANAN USAHA yang besar.. diiringi DOA yang tak putus2.. dan akhir sekali TAWAKKAL padaNYA..

Allah jualah yang memudahkan urusan kita, insyaAllah~ :) wallahua'lam

wassalam

Saturday, February 04, 2012

.: Result oh Result :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~Assalamu'alaikum wrh. wbt~


Time nak keluar je result, berdebar2 tu tak boleh nak bayangkan.. dup dap dup dap.. TAPI, after je keluar result, alhamdulillah.... itu antara kata2 yang mampu terucap.. cuma yang bezanya kali ini, keputusan ni membuatkan air mata ni mengalir.. huhu.. insyaAllah, Allah dah janjikan yang terbaik.. alhamdulillah sebenarnya result kali ni ok dan masih dalam range yang diharapkan, cuma ada penurunan sedikit berbanding sem2 sebelum ini.. selebihnya Allah lebih tahu akan rencana yang terbaik dan DIA tidak pernah silap dalam perkiraanNYA :)

Merenung sejenak, apa erti 'examination' ini sebenarnya.. setengah orang berpendapat, perlu pulun habis-habisan and then dapatkan result yang cemerlang.. ok, it's normal untuk semua kan.. maknanya tidaklah menjadi sia-sia ilmu yang kita perolehi selama ini, sebabnya fatrah ini telah menentukan sejauh mana kefahaman dan aplikasi kita terhadap ilmu yang diterima, wallahua'lam.... NAMUN, daripada satu sudut, membawa ana merenung jauh, muhasabah diri.. sepanjang kehidupan ini telah merangkum satu makna bahawa, HIDUP ini sebenarnya adalah satu 'EXAMINATION'! Allahuakbar, tanpa kita sedar, sepanjang fatrah kehidupan inilah, kita sebenarnya berhadapan dengan sebuah ujian yang lebih utama dan getir.. dan disinilah kita berjalan atas MATLAMAT yang kita bina.. BERJAYA DI DUNIA untuk BERJAYA DI AKHIRAT.. ye, itu sebaiknya.. insyaAllah sama2 kita mencari dan menggapai kedua-duanya, insyaAllah~

"Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ( Surah al-Baqarah :201)
aminn~

Wassalam :)

p/s : selamat memulakan semester baru buat sahabat2 seperjuangan :) fighting ! 3 sem to goo.. insyaAllah, Allah ma'ana ^_^



Friday, December 30, 2011

.: Salam Imtihan :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum wrh. wbt.

Allah.. pejam celik pejam celik.. semester 6 hampir melabuhkan tirainya.. sekejap nye masa berlalu.. tinggal fatrah imtihan yang bakal menjelang beberapa hari lagi~

Kaum keluarga, dan sahabat,
Dikesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran tutur mahupun tingkah dalam sengaja mahupun tidak.. doakan kejayaaan bersama ye..

Buat warga kampus,
Selamat ber'imtihan'.. semoga usaha dan doa kalian ada nilai disisiNya, insyaAllah.. moga2 beroleh barakah disepanjang kembara menuntut ilmu kerana BELAJAR ITU JUGA SATU JIHAD :) semoga berjaya! insyaAllah~

Usaha + Doa + Tawakkal

wallahua'lam

Wednesday, December 21, 2011

.: Ujian Hidup :.

Assalamu'alaikum wrh. wbt.
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya

p/s : Tibe2 terjumpe lagu ni :) entah ape aura yg ade pade lagu ni membuat ana mengulang-ngulangnye.. pada yang TERSURAT pasti ada yang TERSIRAT disebaliknya.. hanya pemilik hati ini lebih mengetahui.. :) wallahua'lam..


Sunday, December 18, 2011

.: Disebalik Kelemahan Kau Punya Kekuatan :.

Assalamu'alaikum wrh. wbt..
Bismillah Alhamdulillah Allahu Akbar


Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya

“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”

Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.

Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,

“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”

“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”

“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”

“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”

“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.
KERANA WANITA ITU CANTIK….
wallahu'alam~

Sunday, September 18, 2011

.:Mujahid Mujahidah Kecil:.

~Assalamua'alaikum wrh. wbt.~
Subanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma solli 'ala muhammad

seorang mujahid kecil

Subhanallah, indah kejadian seorang manusia~ bermula daripada fasa dalam rahim ibu lagi. Subhanallah... pernahkah kita terfikir, unik kan kejadian kita ?? :)

Seorang mujahidah kecil

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “ (Al- Insan :2)

sperma

Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. (Surah al-Mukminun : 14)

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

janin1

Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

janin2

Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Rujukan : http://lailizah.tripod.com/

Wallahua'alam~

p/s : Sekadar perkongsian.. Entah mengapa tergerak hati meng'ada'kan post ini ^_^ mungkin diri ini mula merindukan kehadiran mujahid mujahidah kecil, mohon doa semuanya, doakan kami mendapat zuriat yang soleh solehah, insyaAllah :) wassalam.